Akhir –akhir ini amat kurang berita dan maklumat tentang nasib umat Islam seantero dunia. Khususnya, tentang perjuangan serta penderitaan dan cerita darah dan air mata umat Islam di Palestin.
Apakah sensitiviti kita sudah semakin hilang atau kita lebih sibuk dengan cerita dan isu sekeliling kita dalam negara ?
Dalam Al Quran dan hadis Nabi SAW banyak menyentuh tentang konsep persaudaraan dalam Islam.
Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. ( Al Hujurat :10 )"
Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." HR. Muttafaqun 'Alaih
"Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya". ( Hadis Nabi SAW )
Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api." ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )Dalam kesibukan kita membicarakan masalah dalam negara, harap – harap kita tidak melupakan nasib saudara kita seagama. Masalah umat Islam bukan hal sampingan. Sebaliknya, sesuatu yang perlu kita beri perhatian dan menunjukkan rasa solidariti dan persaudaraan.
Semoga ujian lapar dan dahaga dalam Ramadhan ini akan lebih menginsafkan kita bahawa perjuangan dan pengorbanan yang kita lakukan dalam memastikan kebenaran dan keadilan terlaksana masih terlalu kecil dan sedikit berbanding dengan perjuangan saudara kita di luar sana.
No comments:
Post a Comment