30 September 2008
SEPERTI YANG DIJANGKA...
Beberapa stesen minyak sekitar Lembah Kelang dan Johor Bharu kelmarin mengalami kehabisan bekalan minyak. Menteri Perdagagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Sharil Samad menafikan ia berpunca daripada perbuatan sabotaj para pengusaha stesen minyak.Sebaliknya mendakwa berpunca daripada permintaan tinggi dan cuti hujung minggu.
Beliau seolah –olah menafikan bahawa kerajaan tidak ada kena mengena dalam hal ini. Dalam posting yang lepas saya sudah menjangkakan sikap kerajaan yang sebelum ini berteka teki tentang harga minyak menyebabkan pengusaha stesen minyak berada dalam dilema untuk menambah bekalan menjelang musim perayaan untuk mengelakkan kerugian.
Ternyata ramalan itu berlaku, dalam hal ini kerajaan tidak boleh lepas tangan dan perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku. Dalam hal ini yang menjadi mangsa adalah para pengguna terutama pada saat yang sangat memerlukan untuk pulang bercuti dan berhari raya.
Inilah padahnya apabila isu berkaitan kehidupan harian dan keperluan rakyat dipolitikkan untuk kepentingan pihak tertentu yang telah lama memerintah negara. Sering kali rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa dan menanggung kesusahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Aku punya minyak, patut ada hari ni, alih2 takde dlm sistem lak.
gila tul.
Sekarang kan hari raya.
Logik la kalau ada kekurangan minyak.
Kereta pun dah semakin banyak.
cik @en putih...yang kata tak ada minyak tu ialah menteri bukannya jkkk atau tukang kebun sekolah...rujuk metro hari ni...dah berpuluh tahun kita raya tak pernah pun berlaku stesen minyak habis minyak...bukalah minda sikit...
Post a Comment