16 October 2008

BANJIR LAGI...

Semalam sekali lagi beberapa tempat di Melaka di landa banjir kilat kali ini melibatkan beberapa kampung di Asahan, Jasin Melaka. Di antara kampung yang terlibat ialah kampung Rim sehingga menyebabkan air naik hingga ke paras pinggang di rumah penduduk kampung. Banjir yang berlaku semalam menyebabkan sepanjang jalan ke kampung Rim hingga ke Asahan ditenggelami air.

Kepada Datuk Ali Rustam lupakanlah hasrat cita-cita besar untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno dengan terlebih dahulu menyelesaikan masalah banjir yang semakin kerap melanda Melaka akhir-akhir ini

BERPULUH KENDERAAN YANG TERKANDAS

RUMAH PENDUDUK KAMPUNG YANG DINAIKI AIR

1 comment:

Samad said...

Salam...
Banjir merupakan satu bencana alam yang sukar diduga. Kadang kala teruk, kadang kala biasa. Walau bagaimanapun, ia masih boleh diatasi dengan adanya pembangunan dan sistem perparitan yang terancang yang boleh mengurangkan banjir. Pihak kerajaan negeri seharusnya menumpukan lebih kepada isu ini. Ia lebih penting dari penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan dan Eye on Malaysia...