23 October 2008
HARGA MINYAK DAH BAWAH $US 72...
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk sharil Samad sebelum ini berkata kerajaan akan menurunkan harga minyak seperti pada jun lalu iaitu RM 1.92 untuk petrol jika harga minyak di bawah US $ 72 setong.
Hari ini harga minyak dah mencecah $ US 67.42 ! Bila lagi nak turunkan harga minyak ?
Sekarang adalah masa yang tidak sesuai bagi pemilik kenderaan mengisi penuh tangki minyak kenderaan masing-masing kerana harga minyak yang semakin susut dari semasa ke semasa di pasaran global. Kemungkinan kerajaan akan menurunkan harga minyak pada bila-bila masa tetap ada. Walau bagaimanapun kerajaan masih membisu dengan penurunan harga minyak di negara ini dan menyebabkan rakyat ternanti-nanti apa yang sedang berlaku dalam kerajaan sehingga payah sangat untuk menurunkan harga minyak.
Esok, kerajaan akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang, tetapi perlu diingat bahawa harga yang boleh diturunkan adalah harga barang kawalan sahaja seperti gula, tepung, beras dan minyak masak. Langkah ini dijangka tidak banyak membantu orang ramai menghadapi kesan inflasi dan kenaikan harga barang melainkan kerajaan mengambil sikap lebih bertanggungjawab dengan menurunkan harga minyak pada kadar yang lebih munasabah berdasarkan pasaran semasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
harga-harga barang terkawal sahaja yang dapat dikawal oleh kerajaan.yang lain-lain tu kalau nak turun pun kena tunggu pada inisiatif penjual itu sendiri samada hendak turun banyak atau sikit atau tak turun langsung dan yang paling sakit bila lagi naik.
jika harga minyak diturunkan sekali pun belum tentu harga barangan akan turun sekali.pembekal memang liat nak turunkan harga atas alasan hendak cover kos yang telah dikeluarkan semasa harga minyak belum.tapi bila harga minyak naik,sekejap saja naik harga barangan atas alasan mengikut keadaan semasa.cits.
Sabo je lah. Harap2 akan turun lagi secepat mungkin.
Post a Comment