14 October 2008

ISU 'DATUK' SHAH RUKH KHAN : ALI RUSTAM SENGAJA CARI PENYAKIT ?


Undian melalui sms di TV3 melalui Buletin Utama malam tadi mendapati 91 % tidak bersetuju anugerah datuk diberikan kepada Shah rukh Khan manakala 9 % lagi bersetuju. Sementara itu, Persatuan SENIMAN yang diketuai oleh Datuk Mustapha Maaruf turut mengutuk dan mengecam pemberian gelaran berkenaan dalam kenyataan kepada media.

Setakat ini belum ada lagi kenyataan mana-mana pemimpin UMNO yang menyatakan sokongan atau mempertahankan tindakan kerajaan negeri Melaka yang diketuai oleh Ali Rustam menganugerahkan gelaran tersebut.

Dalam suasana hangat-hangat suam pemilihan UMNO sekarang yang menyaksikan Ali Rustam turut menawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, tindakan mencetuskan isu kontraversi ini sekaligus akan menutup segala peluang beliau untuk mendapat lebih pencalonan daripada bahagian-bahagian Umno yang lain. Kecuali bahagian Umno berkenaan turut sama tidak cerdik atau dua kali lima macam Ali Rustam.

Apa yang dilakukan oleh Ali Rustam ibarat membunuh kerjaya politiknya sendiri dalam UMNO. Pasti Tan Sri Muhyidin dan Tan Sri Md Taib adalah orang yang paling gembira sekarang dengan isu yang berlaku. Dalam kata lain Ali Rustam sengaja cari penyakit atau menambah penyakit dari pelbagai penyakit yang sedang menyerang Melaka sekarang. Mungkin dalam isu ini akan turut menutup peluang beliau untuk dicalonkan sebagai anggota Majlis Tertinggi. Melainkan beliau akan mendapat kuota simpati untuk menjadi ahli Majlis Tertinggi dari presiden Umno selepas tamat pemilihan nanti.

3 comments:

Anonymous said...

Bila mengenangkan artis-artis veteran lama yang ada di negara kita, kadang-kadang kita jadi kasihan sebab seolah-olah pengorbanan mereka dari dulu hingga sekarang seolah-olah tidak dihargai. Hanya beberapa orang saja yang dianugerahkan Datuk. Masih ramai lagi yang layak diberi gelaran itu jika dibandingkan dengan Shah Rukh Khan yang dah tentu bukan dari negara kita...

Anonymous said...

"Shah Rukh Khan dapat ""dato'""?

Michelle Yeoh tu boleh faham la lagi kenapa dia boleh dapat datuk.tapi kenapa,mengapa,bagaimana boleh pelakon utama ""Kuch Kuch Hota Hai"" tu boleh dapat gelaran sebegitu?

mungkin apa kata Seniman itu betul jugak.mereka (Seniman) aku rasa taklah kebulur gelaran Datuk tu tapi lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang lebih layak untuk gelaran tersebut.

gelaran hanya pada nama tetapi biarlah gelaran itu diberikan kepada orang yang benar-benar berhak atas gelaran tersebut."

Anonymous said...

Sekali berlakon dapat gelaran datuk, kalau dua kali berlakon dapat gelaran tan sri, tiga kali berlakon dapat gelaran tun kalau empat kali boleh terus jadi YTT MELAKA.