10 October 2008

LAIN MACAM JE KHUTBAH JUMAAT HARI INI…

Bagi mereka yang bersolat Jumaat di masjid-masjid di sekitar Melaka pasti dapat merasakan ada sesuatu yang tersembunyi daripada intisari khutbah hari ini. Itu pun kalau tak tertido masa khutbah tadi…

Teks Khutbah semua masjid di Melaka disediakan oleh Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM ) yang sekian lama dibayangi oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO. Mereka yang pro Pakatan Rakyat jangan mimpi nak bertugas di MAIM. ( Walau macam mana ada yang terlepas tanpa disedari )Jadi semua aktiviti dan dasar termasuk khutbah Jumaat mesti selari dengan kehendak pemimpin UMNO negeri

Khutbah hari ini menekan tentang perlunya ketaatan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan Negara tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Rakyat disarankan agar mempertahankan dan menghormati kerajaan yang ada tanpa membiarkan serta menghalang sebarang anasir yang cuba menjejaskan keharmonian Negara seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

Saya yakin khutbah hari ini tidak berkaitan dengan pengunduran Pak Lah dan pemilihan UMNO akan datang. Sebaliknya menggambarkan bahawa kerajaan sudah mula takut dan panik dengan tekanan daripada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan dalam tempoh tedekat. Jika dulu, kerajaan BN selalu menuduh pembangkang menggunakan mimbar masjid untuk kepentingan politik, hari ini nampaknya kerajaan BN sudah semakin terdesak dengan menggunakan mimbar masjid sebagai 'rayuan' terakhir agar rakyat terus menyokong dan mempertahankan kerajaan yang ada.

Ternyata, kebimbangan mereka tidak dapat disembunyikan lagi. DSAI menegaskan bahawa pembentukan kerajaan baru semakin hampir, walau pun ada pihak yang memandang sinis apabila tarikh 16 September sebelum ini telah berlalu. Beliau berkata demikian dalam satu majlis cermah umum di Kelantan malam tadi.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu pertukaran kerajaan berlaku seperti di Bangkok dan Filipina secara tidak aman.

"Kita pilih secara aman biar pun usaha Pakatan Rakyat sebelum ini mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak diendahkan. Begitu juga permohonan untuk mengadakan sidang parlimen khas juga tidak dihiraukan.

"Malah Pakatan Rakyat sudah menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memaklumkan perkembangan terkini dalam Pakatan Rakyat yang sudah ada simple majority bagi membentuk kerajaan," katanya.

Pada ceramah itu sekali lagi beliau menegaskan Islam menjadi tunggak utama kerajaan baru sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Beliau juga berkata, petanda-petanda kejatuhan kerajaan BN semakin jelas sekarang apabila perpecahan dalam parti UMNO semakin ketara.

Sebab itulah sekarang menurutnya, rakyat tidak sabar lagi menunggu kerajaan baru dibentuk dan bukan lagi sekadar pertukaran Abdullah kepada Najib.


 

No comments: