Dalam tempoh seminggu dua ini suasana dalam negara terutamanya dari segi politik dijangka kembali hangat setelah agak sedikit reda sepanjang Ramadhan yang lalu. Ada beberapa faktor saya menjangkakan ini berlaku :
Pak lah sedang membuat pertimbangan sama ada tunduk kepada desakan MT dan akar umbi dalam UMNO untuk menyerahkan kuasa kepada Najib atau tetap dengan pendiriannya untuk kekal mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Sudah pasti kem Pak Lah yang disokong oleh 'menantu kesayangan' akan bermati-matian untuk memastikan Pak Lah tidak menyerahkan kuasa kepada Najib. Sekiranya Pak Lah tunduk pada tekanan untuk menyerahkan kuasa kepada Najib sudah pasti maruah dan imej beliau akan tercalar. Di samping itu, mereka yang selama ini bergantung kepada Pak Lah akan terjejas dengan pelan peralihan kuasa ini. Justeru itu, mereka juga akan bergabung tenaga untuk memastikan Pak lah terus kekal berkuasa. Lagipun, belum pernah berlaku dalam sejarah UMNO seorang presiden terpaksa meletak jawatan akibat desakan dari dalam UMNO. Pengumuman dijangka akan dibuat selewat-lewatnya Khamis ini.
04 October 2008
LALUAN BERLIKU MENANTI PAK LAH, NAJIB DAN DSAI
Secara langsung atau tidak langsung semua ini akan mewujudkan ketidakstabilan dalam negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Senario ini pasti akan menyebabkan Indeks Komposit dan saham-saham utama di BSKL berada dalam keadaan tidak menentu. Para pelabur dalam dan luar sudah pasti akan menangguh buat sementara waktu membuat pelaburan baru sehingga suasana dalam negara kembali reda.Adalah sesuatu yang kurang bijak jika terdapat pelabur yang melabur dalam skala yang besar dalam tempoh ini. Sudah pasti mereka akan memikirkan risiko yang terpaksa ditanggung. Kehadiran pelancong luar juga dijangka terjejas sehingga suasana dalam negara benar-benar pulih dan stabil.
Walau bagaimanapun, keadaan tidak menentu dalam sosiopolitik dan ekonomi negara diramalkan tidak menjejaskan keutuhan dan sokongan kepada PAS dan DAP dalam persada politik negara. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat adakah ramalan ini akan berlaku atau berlaku sesuatu di luar kotak pemikiran kita.Wallahualam.
2 comments:
angkasapuri,
Bagaimana kalau PAS betul-betul tidak dapat sokong PR kerana kerusi Melayu kurang di parlimen sebaliknya PAS akan beri sokongan pada BN kerana ini akan menguatkan lagi kerajaan BN yang diterajui oleh orang-orang Melayu.
Haji Hadi kata daripada membina kerajaan yang tidak kuat, lebih baik lagi membiarkan kerajaan yang ada terus kekal.
Mesyuarat AJK PAS khabarnya akan diadakan pada 9hb. ini. Selepas itulah Pak Lah akan umumkan keputusannya samada akan mempertahankan jawatannya atau tidak.
Mungkin Pak Lah nak tahu keputusan PAS, samada sokong PR atau BN.
http://rahimkassim.blogspot.com/
Saudara penulis sepatutnya lebih rasional dalam membuat ramalan terhadap sesuatu perkara. Jangan hanya ikut perasaan anti Pak Lah yang kuat di dalam hati saudara. Kita harus ingat setiap orang ada kelebihan dan ada keburukan. Begitu juga dengan Pak Lah. Beliau pun manusia biasa yang dipertanggungjawab untuk menjadi PM negara kita. Ada kalanya beliau betul dan ada kalanya beliau juga salah.
Post a Comment