Bukan di Kelantan dan juga bukan di Terangganu, tetapi di Melaka ! Tahun ini sahaja dah kerap kali kawasan-kawasan di Melaka dilanda banjir. Nak kata musim tengkujuh atau angin monsun, belum sampai masa lagi. Ini tidak, hujan beberapa jam sahaja adalah kawasan di Melaka yang ditenggelami air. Terbaru, hari ini beberapa perkampungan di Batu Berendam dinaiki air sehingga ke paras pinggang. Banjir terbaru ini merencatkan suasana Raya pada tahun ini. Bukan sekali banjir berlaku, sudah banyak kali. Saya juga berpeluang meredah laluan banjir dalam perjalanan dari Durian Tunggal ke Batu Berendam . Mujur juga air dah mula surut. Tetapi di tepi jalan ada beberapa buah kereta yang tersadai kerana enjin dimasuki air.
Setiap kali banjir, maka adalah janji ditabur untuk mengatasi masalah supaya tidak berulang. Penyelesaiannya ? Bila hujan berlaku lagi banjir ! Ini lah padahnya apabila isu penderitaan dan masalah rakyat turut sama dipolitikkan, yang menjadi mangsa adalah rakyat dan golongan bawahan.
Kepada kerajaan negeri khususnya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam selesaikanlah masalah rakyat di negeri sendiri sebelum berangan-angan besar hendak bertanding timbalan presiden UMNO.
1 comment:
kalau tak silap, 2 1/2 tahun lepas, kat angkasanuri pon banjir jugak kan??? akibatnya, banyaklah rumah yang tenggelam & brg2 musnah... kerugian dianggarkan beribu2 ringgit. 2 tahun lepas tu, iaitu lebih kurang dalam 2 bulan sblm PRU 12 baru2 ni... maka kelihatanlah pencacai-pencacai Be End dtg, memberi wang ehsan sebanyak RM50.00 setiap rumah yang terlibat dengan banjir yang berlaku 2 tahun sebelum itu!!! nak beli rakyat dgn RM50???
Post a Comment