21 October 2008

LETAK JAWATAN : SYABAS KEPADA WARTAWAN MALAYSIAKINI

Wartawan Malaysiakini yang menulis berita mengenai 'manifesto' Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanding jawatan presiden Umno, yang dikatakan dikeluarkan oleh "kumpulan sokongan Najib", telah meletak jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kesilapan membuat laporan tersebut.

"Ia adalah kesilapan saya dan saya bertanggungjawab sepenuhnya dan meletak jawatan," jelas wartawan berkenaan, Wong Choon Mei.

Wong, yang menyertai Malaysiakini tiga bulan lalu, berkhidmat sebagai wartawan selama 10 tahun, dan pernah bertugas dengan The Edge, Reuters dan Channel News Asia.

Ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan said berkata, pihaknya kesal dengan insiden tersebut, sambil menambah bahawa laporan itu tidak sepatutnya disiarkan.

"Ia adalah salah pertimbangan yang serius dan kami menerima peletakan jawatannya," kata Gan.

Saya mengucapakan tahniah dan syabas kepada wartawan berkenaan kerana mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan. Langkah ini sudah pasti akan mengangkat imej kewartawanan yang selama ini ditonjolkan oleh Malaysiakini yang sering menjadi bahan rujukan berita dan maklumat.

Berbeza dengan wartawan akhbar pengampu yang sentiasa menerbitkan berita berunsur fitnah dan menipu tetapi masih tidak malu dan enggan mengaku kesalahan dan kesilapan yang mereka lakukan. Akibatnya imej kewartawanan dan kebebasan akhbar di negara ini semakin tercemar dan imej media massa utama yang dikawal atau dimiliki oleh kerajaan merudum pada tanggapan umum.

Bahan berita mereka dianggap sebagai sampah yang tidak bernilai hanya layak untuk dikitar semula sebagai surat khabar lama atau alas tempat duduk semasa majlis ceramah.

Sehingga ada lawak yang mengatakan hanya ada dua perkara aja yang boleh dipercayai akhbar seperti ini iaitu cetakan bilangan muka surat dan keputusan empat nombor ekor. Wallhu'alam.

7 comments:

Anonymous said...

sudah terhantuk baru sedar.sepatutnya MalaysiaKini mengesahkan dulu samada "manifesto" itu sah atau tidak.

tapi Najib memang sedang mengalami pelbagai skandal ketika ini.belum pernah ada bakal Perdana Menteri mempunyai skandal sebanyak Najib.adakah skandal tersebut dicipta atau memang benar-benar berlaku?

Anonymous said...

'Kesilapan' yang dilakukan oleh wartawan yang sudah seasoned seperti Wong Choon Mei sepatutnya dikecam oleh semua pihak. Tapi malangnya yang didendangkan ialah perletakan jawatannya yang dianggap sebagai tindakan bertanggungjawab. Sekiranya demikian semua `pesalah' sama ada perompak, pembunuh dan perogol yang membuat kesilapan cuma sekadar mengaku bertanggung jawab dan dibiarkan ia meneruskan hidupnya. Inilah ironinya, isu kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara. Letak jawatan dan tutup isu. Selesai. Tapi soal sama ada `kesilapan' yang dilakukan telah menyebabkan kemudaratan (damage) kepada orang lain, itu seolah-olah tidak penting dalam soal kebebasan bersuara.

Sekiranya, `kesilapan' dilakukan oleh seorang wartawan kadet, kita boleh terima sebagai kesilapan, tetapi dilakukan oleh seorang wartawan yang berpengalaman lebih 10 tahun tidak boleh diterima sebagai kesilapan biasa. Ianya ada unsur niat jahat (malice) untuk merosak dan menghancurkan orang lain. Inilah yang harus dikecam.

Jangan terkejut, Wong Choon Mei akan dilamar oleh syarikat akhbar lain yang sedia menerima kepakaran beliau merekacipta berita.

Semua pihak yang mendokong konsep responsible journalism seharusnya mengecam wartawan seperti Wong Choon Mei dan pastikan beliau tidak akan terus menabur fitnah selepas ini.

Jarod said...

kalau seseorang tidak melakukan sesuatu, takan lah muncul banyaknya berita yang tak baik...

Kalaulah semua media boleh mencontohi apa yang Malaysiakini buat..

Anonymous said...

Satu percubaan mengalih pandang masalah Mat Monggol dan mohon simpati.
Old tricks from DPM office, good Luck.
Don't get yourself cheated by this stunt.

Anonymous said...

inilah semangat bertanggungjawab yang patut kita puji, yang selalu PR sebut-sebutkan - kalau salah, letak jawatan!

harap ahli politik, sama ada BN atau PR (cakap kena serupa bikin - surah as-Saf) akan buat perkara yang sama...

denone,

oklah tu dia letak jawatan, dah kira hukuman bagi dia, dia dah hilang mata pencarian, kena cari keje baru, nama pun dah rosak, nak hukum dia camane lagi.

letak jawatan ni serampang dua mata. 1. hukuman bagi orang yg buat salah, 2. clearkan balik apa2 yang dia buat salah, e.g. dalam kes ni, nama najib clear balik la....

ko nak macamane lagi, nak tembak dia ke cam dalam cerpen YB J tu...

jangan la camtu kawan....

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

Anonymous said...

Baguslah dia resign, dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang dia dah lakukan. Lain kalai kalau nak siarkan berita, perlu lebih berhati2, pastikan cerita yang disampaikan adalah benar, bukan hanya bertujuan untuk menjatuhkan orang lain saja.

Anonymous said...

Kesilapan sepatutnya tidak berlaku memandangkan beliau dah berkhidmat lebih 10 tahun sebagai wartawan. Takkan tak kaji dulu kebenaran manifesto tu? Takkan dah ketandusan modal untuk menulis? Bukan nak back up Najib, tapi cuma nak memberi pandangan terhadap kesilapan yang berlaku.. Dengar cerita Najib guna duit EPF RM5billion untuk 'cover' Valuecap, betul ke?