Mohamad Hanapi, Ketua Umno Cawangan Kampung Ubai di Pekan semalam mengumumkan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan akan datang.
Sama ada secara serius atau pun sinis, kesediaan mencalonkan diri sebagai Naib Presiden menunjukkan bahawa golongan bawahan termasuk JKK dan cawangan sudah hilang kepercayaan pada calon-calon peringkat pusat dan dalam MT yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding.
Di samping itu, inilah sebenarnya standard pimpinan tertinggi UMNO di peringkat pusat setaraf dengan JKK je…
2 comments:
Salam,
Jangan pandang rendah pada JKK. Kadang-kadang pemikiran mereka lebih rasional dan matang daripada pemimpin-pemimpin parti yang sedia ada... Mungkin pandangan mereka lebih bernas untuk menaikkan semula parti...
naib presiden dan jkk;dua tanggungjawab yang berbeza skalanya.
macam guru besar dan pengarah pendidikan la.masing-masing ada tanggungjawab cuma bezanya skala tanggungjawab itu.
tapi JKK kena ingat juga untuk ukur baju dibadan sendiri.
Post a Comment