08 October 2008

PAK LAH AKAN BERUNDUR ATAU BUAT U TURN ?


Dalam kesibukan menguruskan dan menjaga anak yang dimasukkan wad di GH sejak kelmarin saya masih sempat menerima tetamu yang merupakan AJK Bahagian UMNO Alor Gajah dan isterinya AJK Wanita Bahagian yang datang berhari raya petang semalam.

Bila dah bertemu orang politik sudah pasti antara perkara yang rancak disembangkan ialah tentang politik semasa. Saya bertanya mereka jadi tak Pak Lah berundur atau Pak Lah akan buat U Turn ?

Katanya, siapa yang hendak berundur ? Tapi pak Lah dah terdesak dan terpaksa berundur. Pak Lah dah tak ada pilihan.Najib dan kemaruk sangat nak jadi Presiden UMNO dan PM. Kecuali..Pak Lah buat U Turn..walaupun kena saman !

Kepada AJK Bahagian dan wanita Bahagian berkenaan saya dalam lama 'kenen' supaya tinggalkan UMNO lebih-lebih lagi dalam keadaan gawat sekarang...kerana mereka tak lain dan tak bukan adalah abang kandung dan kakak ipar sendiri !

4 comments:

rozlan halim said...

rasanya Pak Lah tak akan berundur.berdasarkan pada survey yang dijalankan di blog mimpi boneka menunjukkan Pak Lah akan bertanding (yang mengundi hanya 29 pelawat sahaja berbanding sebanyak 3,268 kali survey itu di perhatikan).

apapun,kata putusnya Pak Lah takkan berundur.lagipun tidak mungkin dia akan tunduk kepada tekanan Muhyiddin dan konco-konconya.

JoeJambul said...

Pak Lah bukan seorang yang kaki pengecut- seperti Muhyiddin.
Atau kaki drama-seperti Anwar.
Pak Lah tidak akan berundur hanya kerana dia mendapat tekanan semasa pilihanraya UMNO.

end said...

elok apa sekiranya Abdullah umum mahu terus kekal dengan jawatan yang ada sekarang.buat apa hendak tunduk pada tekanan semata-mata kerana itu hanya akan mengembirakan orang seperti Muhyiddin dan Ku Li.

sekarang ini pastinya penyokong Pak Lah bertungkus lumus memberi dan mendapatkan sokongan bagi beliau kekal.berilah beliau peluang.jika kita sanggup berikan Dr.M peluang selama 22 tahun,kenapa tidak cuma beberapa tahun untuk Pak Lah?

Anonymous said...

pak lah spaptutnya berundur....imej dia sbg pmimpin ngara x nmpak lgsung....