21 October 2008
PAKATAN RAKYAT SEMAKIN ERAT : BN MENUJU PENGHUJUNG HAYAT...
Akhir-akahir ini hubungan erat jelas terserlah hubungan erat dalam Pakatan Rakyat. Kemesraan dan keharmonian jelas terserlah melalui budaya kunjung mengujung terutamanya sepanjang bulan Syawal ini.
Apa yang menarik, tidak ada lagi sebarang kenyataan yang dianggap kontroversi dan menyinggung mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat tersiar dalam media massa. Media-media pengampu yang selama ini hanya menunggu peluang dengan memutar belitkan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat tidak lagi dapat menghidu sebarang peluang yang wujud.
Sebaliknya setiap ucapan dan kenyataan hanya fokus kepada keyakinan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan pada bila-bila masa.Semoga situasi ini berkekalan sehingga harapan mewujudkan sebuah kerajaan yang telus, amanah dan berkebajikan dapat diterjemahkan.,
Berbeza dalam BN, ibarat cuba menutup bangkai gajah dengan pelepah kelapa, bau busuknya sentiasa menusuk hidung. Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai kemelut dan pergeseran dan perbalahan yang tak sudah -sudah dalam BN. Semua pihak dalam BN seperti MCA dan Gerakan mula mempersoalkan layanan yang diterima dalam BN.
Manakala dalam Umno pula orang ramai sudah semakin muak dengan pertelingkahan dan pergolakan yang berlaku. Pergeseran yang berlaku melibatkan dari peringkat bawahan di cawangan hinggalah ke jawatan tertinggi yang melibatkan mereka yang bertanding jawatan nombor satu dan nombor dua. Cuba cari dalam sepanjang sejarah penubuhan PAS, DAP dan PKR pernah tak berlaku dalam mesyuarat parti berlaku pergaduhan sehingga pihak polis dan FRU terpaksa campur tangan? Mungkin UMNO satu-satunya parti dalam dunia, pergaduhan di peringkat bahagian terpaksa dileraikan oleh polis pencegah rusuhan. Mujur tidak ada adegan bom asap dan semburan dari trak 'water canon'.
Malahan mantan presiden mereka turut sama melontarkan kecaman dan kritikan pedas yang menyebabkan Pak Lah kepanasan. Tindakan Pak Lah menyerang kembali Dr. Mahathir yang dilabelkan berlagak seperti pengarah pilihanraya tidak pula mendapat sokongan orang di sekelilingnya. Terbaru Datuk Rais Yatim mempertahankan tindakan Dr. Mahathir.
Ali Rustam dan Md. Taib juga semakin terasa bahang apabila sokongan daripada perwakilan untuk merebut jawatan nombor dua semakin kelam apabila Muhyidin terus menjadi calon favorite untuk merebut jawatan nombor dua. Sudah terdapat tanda-tanda penyesalan dan putus harapan dengan peluang yang ada dari riak wajah dan ucapan mereka berdua. Semua ini memungkinkan mereka terpaksa menggunakan bom C4 sebagai senjata terakhir untuk kembali meraih sokongan atau mereka terpaksa mengira dan menghitung nasib kerjaya politik mereka semakin pudar jika hajat mereka tidak kesampaian.Semua ini memungkinkan pelbagai aksi menarik akan terus dihidangkan menjelang tarikh akhir pemilihan bahagian Umno yang berakhir pada 9 November nanti.
Apa yang berlaku menunjukkan bahawa BN khususnya UMNO semakin menuju penghujung hayat hanya menunggu masa untuk ditalkinkan. Kepada Pakatan Rakyat, semoga tidak leka dan asyik dengan apa yang berlaku dalam BN dan UMNO sebaliknya memfokuskan usaha dan mengembeling tenaga dan kekuatan untuk terus membela hak rakyat dan menyelamatkan negara dari terus ditimpa pelbagai musibah dan malapetaka kesan daripada kerakusan,ketamakan dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional selama lebih setengah abad memerintah negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
PR sekarang ini sebenarnya dilihat sekarang ini mengambil approach yang lebih selamat.mereka lebih mendiamkan diri dan hanya mahu bercakap tentang peralihan kuasa.saya percaya dalam PR juga ada konflik mereka tersendiri tetapi tidak dihebah-hebahkan sangat berbanding BN kerana hal-hal BN mendapat liputan yang luas tak kira media cetak dan elektronik.
mungkin ketika ini ada yang nampak BN semacam akan hancur lebur tetapi politik ini macam-macm boleh jadi.sentiasa saja ada kejutan.
betul ke BN sedang menuju kehancuran?atau sebaliknya?
kita tahu yang setiap parti politik ada strategi mereka masig-masing.BN dan PR tidak terkecuali.mungkin pada PRU yang lepas BN nampak "kalah" akan tetapi tidak mustahil mereka akan bangkit selepas ini.who knows.
Jangan berlagak dan cakap besar saja lebih! Sebenarnyasaya tak nampak pun PR makin erat dan kukuh. Setakat nak tunjuk gambar budaya kunjung-mengunjung, sesiapa pun ada buat.. Bagi saya, ini adalh perkara biasa atau dah jadi adat, kita mesti akan pertahankan parti sendiri. Itulah yang terjadi sekarang. Penulis cuba meng'ayat' pembaca blog kononnya PR semakin kukuh dan BN semakin hancur. Padahal itu hanya ayat nak tarik perhatian rakyat saja...Kebanarannya entah betul ke tidak.. Ia hanya perasaan penulis saja.. Yang penting, jangan cakap besar.. Dalam politik, apa saja boleh berlaku... Mungkin BN dan UMNO akan bangkit. Mungkin mereka akan mengalami zaman kebangkitan...
Hoi man kanan ! sekarang ni siapa yang tengah haru biru ? Pakatan Rakyat ye ke Umno ? sila jawab 5 saat dari sekarang ! Kalau hang tak dapat jawab memang le hang ni dah kena kanser otak sampai tak boleh nak pikir !
Post a Comment