17 October 2008

PANTAI PENGKALAN BALAK DICEMARI KEPALA DAN DAGING BABI OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Berita TV 9 sebentar tadi menyiarkan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuang guni yang berisi kepala dan daging babi di Pantai Peranginan Pengkalan Balak sehingga menimbulkan kegemparan kepada penduduk terutama peniaga gerai makan di sepanjang pantai peranginan popular berkenaan. Masih terlalu awal untuk membuat andaian. Walau bagaimanapun perkara ini berkait rapat dengan masalah penternakan babi yang tak terkawal di Paya Mengkuang sehingga mencemarkan pantai berkenaan dan pantai Telok Gong yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Walaupun kerajaan negeri sebelum ini berjanji untuk mengambil tindakan terhadap pemilik lada ng babi di Paya Mengkuang tetapi sikap lembut dan membisu dan terlalu memberi muka menyebabkan para pengusaha ladang babi di paya Mengkuang berani mencabar tindakan kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun semua pihak perlu berhati-hati kerana tidak mustahil terdapat pihak tertentu cuba mewujudkan provokasi dan ingin mewujudkan permusuhan kaum serta menangguk di air yang keroh melalui isu yang berlaku.

2 comments:

Hamdan said...

Memang pencemaran sebegini tidak wajar dibiarkan tanpa kawalan. Kerajaan negeri harus tegas dalam menangani maslah ini disamping berhati-hati dengan segala tindakan kerana dikhuatiri dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk mengelirukan rakyat dengan isu-isu sebegini...

Sameon said...

Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kerajaan negeri harus bertindak segera. Saya rasa isu ni dah lama terjadi di situ, sehingga sekarang masih tiada apa-apa tindakan..Diharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin..