31 October 2008

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA TERUS DIPERSENDAKAN...

Hari ini berlangsung perbicaraan dua kes berprofil tinggi iaitu melibatkan kes pembunuhan Altantuya dan kes liwat yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Razak Baginda telah pun dibebaskan, manakala bekas chief Inspektor Azilah dan koperal Sirul Azhar diminta membela diri. Sebentar lagi perbicaraan permohonan pindahan kes DSAI oleh pendakwaraya dari mahkamah seksyen ke mahkamah tinggi akan dibicarakan.

Semalam, sistem perundangan negara menerima tamparan dengan peletakan jawatan Datuk Ian Chin bermula 1 Disember sebagai hakim mahkmah tinggi. Terlebih dahulu, pelantikan Tun Zaki sebagai ketua Hakim Negara mendominasi kontroversi sistem perundangan negara pada minggu ini.

Apa yang berlaku sehari dua ini menceritakan tentang betapa kelam dan suramnya sistem perundangan di negara kita. Mahkamah di negara kita semakin tidak dihormati. Apa juga keputusan mahkamah tidak mampu mengubah persepsi negatif kepada sistem kehakiman negara kita.

Sisem kehakiman kita sering menjadi bahan lawak jenaka, seolah-olah boleh dijual beli. Masalah ini tidak akan selesai selagi kerajaan yang ada terus menerus memperalatkan sistem kehakiman untuk kepentingan politik sempit. Langkah terbaik untuk memulihkan sistem kehakiman dan perundangan negara di antaranya ialah institusi perundangan dan eksekutif( kerajaan ) perlu dipisahkan. Pelantikan hakim perlu dirombak dengan mewujudkan suruhanjaya kehakiman di bawah kuasa DYMM Agong agar benar-benar bebas dan telus. Hanya reformasi menyeluruh sahaja yang mampu mengangkat dan memertabatkan sistem perundangan negara ke tahap dihormati dan dikagumi.

4 comments:

raden wijaya said...

jadi Razak telah dibebaskan setelah didapati tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan keatasnya.Sirul dan Azilah pula diperintahkan untuk membela diri mereka.

kita harus hormati keputusan mahkahmah.jangan hanya kerana keputusan tidak memihak kepada pendakwa maka mahkamah dikatakan tidak adil.

jadi kalau begitu jika Anwar disabitkan bersalah nanti maka mahkamah tidak adil dan jika Anwar disabitkan tidak bersalah maka mahkamah tidak adil.begitu?.jangan hanya terima apa yang hendak kita terima semata-mata.

suka_aman said...

since Razak is free now from the charges only two still remain - the 2 policemen.

but my main concern is who did gave the order to did such thing towards Atlantuya?was it really Najib or Rosmah who gave the order?or was it someone else entirely?

in the other hand,Razak is a free man now because really he's innocent or the prosecutor are too weak to prosecute him?

Mahyudin said...

Keputusan mahkamah harus dihormati. Jangan sesuka hati tuduh institusi kehakiman kita sudah tidak boleh dipercayai hanya kerana mahkamah membuat sesuatu keputusan yang menyebelah pada suatu pihak... Saya yakin mahkamah sudah mengkaji secara mendalam kes ini. Walaupun saya sendiri tidak berapa setuju Razak Baginda dibebaskan sedangkan orang bawahan yang di'arah' untuk membunuh masih perlu membela diri, namun keputusan mahkamah harus kita hormati...

angkasaduri said...

Anwar pun sibuk lah mencanang sana sini pasal institusi kehakiman yang dianggap tidak professional. Dia bising pun sebab dia dah risau pasal kes dia. Nanti kalau dia disabitkan kesalahan senang lah dia nak yakin kan orang ramai yang dia tak bersalah. Tu je.