31 October 2008

SIAPA NAK RM 1000 ? ( BACAAN UNTUK LELAKI SAHAJA )

MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.


Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.

“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.

emmmm...Apa kata kita cadangkan Ali Rustam mulakan dulu supaya dapat dijadikan ikutan rakyat Melaka yang lain. Kepimpinan melalui teladan.Cuma saya nak tanya kalau yang kahwin andartu tak dapat apa-apa ke dari kerajaan Melaka?

3 comments:

Hasbullah Pit said...

Kenapa Ali Rustam tak cadangkan komisyen pencari jodoh?

10 % ?

iqbal said...

pelik-pelik sungguh kerajaan Melaka ni.huh!

lintahbertulang said...

Berita gembira buat suami di Melaka tapi pelik sebenarnya. Kahwin no 2 dengan ibu tunggal dapat RM1000...Hmmm... Bertambah risaulah isteri-isteri di Melaka yek... Yang tak pernah-pernah queen control terus berubah jadi queen control.. Yalah, takut suami kahwin lain dengan ibu tunggal... Ibu tunggal macam Nora Danish ok juga kan? Hehehe...