02 November 2008

JANGAN TIKAM BELAKANG : SIAPA YANG PAK LAH MAKSUDKAN ?


KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, 'politik tikam belakang' sesama sendiri perlu dihapuskan kerana ia hanya merugikan semua pihak.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-23 di Magellan Sutera Harbour di sini semalam.

Dalam kerancakan pemilihan Umno peringkat bahagian dan proses pelan peralihan kuasa, kepada siapa ucapan tersebut ditujukan ?

Akhir-akhirnya ini jika kita perasan, nama Pak lah semakin terpinggir dalam arus politik perdana. Berita tentang Pak Lah semakin jarang mendapat tempat di muka depan akhbar atau menjadi tajuk utama berita. Sebaliknya berita tentang Najib yang disebut sebagai pengganti beliau semakin kerap mendapat tempat di muka depan akhbar. Adakah ini disengajakan atau Pak Lah yang meminta agar berita tentang beliau tidak lagi diberi liputan meluas ?

Di samping itu, beliau dilaporkan kurang senang dengan Muhyiddin yang setakat ini mengungguli pencalonan jawatan timbalan presiden yang disifatkan sedikit 'celupar' tentang isu peralihan kuasa. Kebanyakan pimpinan Umno lain lebih selesa dengan sikap berdiam diri dengan isu yang berlaku. Hanya kuda tua dalam Umno, seperti Rais Yatim dilihat cuba menunjukkan simpati dengan mempertahankan Pak Lah.

Berbalik pada persoalan awal siapa yang Pak Lah maksudkan yang cuba menikam beliau dari belakang ? Ali Rustam ? Tak mungkin..Ali Rustam walaupun banyak menimbulkan isu kontroversi dalam pentadbirannya...beliau dilihat mengamalkan politik 'lalang'. Mengikut arus, siapa yang kuat dan berpengaruh serta berkuasa. Di situlah kita akan saksikan Ali Rustam berada dalam kelompok itu.Malah wujud cakap-cakap politik, Ali Rustam mendapat sokongan kuat Pak Lah untuk merebut jawatan timbalan presiden bagi melenyapkan impian Muhyiddin menjadi orang nombor dua. Ini jelas, selepas Pak lah meluahkan rasa kurang senang pada Muhyiddin, pencalonan yang diterima Ali Rustam naik mendadak dari bahagian-bahagian Umno yang dilihat pengaruh Pak Lah masih kuat. Sehingga kini Ali Rustam telah dapat 26 pencalonan hanya tingga 13 pencalonan lagi untuk bersaing untuk jawatan nombor dua. Pada firasat saya, sekiranya Ali Rustam mendapat cukup pencalonan beliau akan menjadi calon favourite jawatan timbalan presiden dan bukannya Muhyiddin. Dalam politik Umno macam-macam boleh berlaku.

Jadi siapa yang Pak Lah maksudkan ? Muhyiddin saya kira salah seorang darinya. Najib pula bagaimana ? Saya rasa tidak mustahil ucapan beliau ditujukan kepada Najib yang sebelum ini dianggap oleh Pak Lah teman sewaktu susah dan senang. Tindakan Pak Lah menangguhkan pembelian Eurocopter merupakan salah satu isyarat amaran awal kepada Najib. Lebih-lebih lagi perbicaraan kes Altantuya bakal memasuki pusingan akhir pada November nanti. Mungkinkah Pak Lah akan menggunakan sisa-sisa kuasa yang ada untuk melenyapkan sebarang impian Najib dalam kes ini. Saya kira ramai penganalisis politik tanah air melihat isu Altantuya merupakan titik tolak hidup mati karier politik Najib. Sama-samalah kita nantikan....

3 comments:

angkasaduri said...

Muhyiddin memang celupar, menggelabah bising sana sini. Konon2 hero lah tu berani bersuara. Esok kalau orang bersuara menentang dia jangan nak bising pulak. Tadah je tau.

pemikir muda said...

Muhyiddin memang bising skit.biasa lah tu hendak dapatkan perhatian dan sokongan.

"tikam belakang" tu kita boleh kata Pak Lah tujukan pada semua ahli-ahli UMNO terutamanya calon-calon yang telah pun layak bertanding.fitnah dan pembunuhan karektor sering berlaku dalam merebut sesuatu jawatan.

Pak Lah memang dah kurang jadi headline dalam berita.kira biasalah jugak tu sebab sedinhnya dia bakal berundur nanti.diantara Abdullah dan Najib,saya lebih suka jika Abdullah kekal menjadi PM dari Najib yang penuh dengan bermacam-macam kontroversi.

suka_aman said...

Najib memang bernasib baik kerana dia senang naik dan tak perlu berhempas pulas.ini semua kerana jasa baik bapanya kepada negara.jika keadaan Najib seperti Ku Li,memang susah lah.

tapi apabila Najib menjadi PM nanti,adakah dia akan menjadi "puppet" kepada Mahathir dan memberi jalan kepada Mukhriz untuk naik dengan mudah?

sama-sama kita tunggu dan lihat.