02 November 2008

CONFIRM ! SUDAH ADA PIMPINAN UMNO MASUK PAKATAN RAKYAT

Tidak ada berita yang paling mengembirakan pada hari ini selain membaca kenyataan Presiden Pas YB Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang yang mengesahkan bahawa sudah ada pimpinan Umno yang telah menyertai Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan, sudah ada pemimpin Umno yang menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebelum ini.

"Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku,

"walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada Umno sekarang,"kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-12 yang diadakan di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam.


Jika kenyataan itu datang dari DSAI mungkin ada yang pertikaikan tetapi bila kenyataan itu datang dari YB Tuan Guru saya yakin 100%. Kepada Man Kanan, penjenguk blog ini yang sering memperlekehkan berita pimpinan Umno masuk Pakatan Rakyat harap dapat bersabar dan kalau anda ada penyakit lemah jantung, pastikan anda mengambil ubat pada masa yang ditetapkan !

5 comments:

angkasaduri said...

Kalau setakat ada sekor dua katak tua yang melompat tak payah kecohlah. Macam hari tu, tengok2 katak kacis je yang ada. Bosan dah lah dengar cerita pasal benda ni. Jaga dulu tempat yang dah dapat tu dulu, jangan sibuk nak mengejar tempat lain, tempat yang dah ada diabaikan.

orang keadilan melaka said...

hoi angkasaduri beracun kau dengan man kanan same je... umno totok karat biru...

kitty kat said...

UMNO memang nampak diambang kehancuran sekarang?.kalau diikutkan setiap kali masa pemilihan MT UMNO memang UMNO tengah huru-hara.dan selalunya lepas abis pemilihan UMNO maka keadaan akan kembali normal.

kita tunggu saja jika benar ada pelompatan pemimpin UMNO ke PR.selalunya yang kita dengar adalah ahli-ahli biasa yang melompat.

Mankanan said...

Saya ni memang seorang yang penyabar dan Alhamdulillah, takde pula lemah jantung... Apapun itulah pandangan saya, dari dulu Pakatan memang suka kecoh je tapi tak jadi pun... Tu yang malas dan meluat dengar cerita-cerita macam. Walaupun diakui memang UMNO sekarang ni agak kelam kabut tapi kalau mereka (pemimpin atau ahli) yang dalam UMNO ni mahukan perubahan, mereka boleh lakukan sendiri di dalam UMNO, tak perlu nak jadi katak macam yang Anwar mimpikan dulu... Tak jadi melompat pun... Takpelah, kita tengok jelah, ada ke tak pemimpin UMNO yang nak sertai Pakatan tu...

Men said...

.. semua dah tahu mulut celupar Presiden Pas YB Tuan Guru HAHA .. bongkak .. bercakap ibarat melawan takdir .. sbb itu orang2 PAS masih tidak lagi di hormati oleh kebanyakan penduduk Malaysia khususnya yg berugama ISLAM.
Memberi kenyataan yg mengelirukan orang ramai adalah tidak baik .. janganlah jadi macam angan2 mat jenin ...
buat lah kerja yg lebih berfaedah demi untuk membantu rakyat .. cukuplah dengan berpolitiking .. kalu rakyat dah pilih .. buat lah kerja yg diredhai kerana kita akan tanggung satu dosa besar jika amanah rakyat kita abaikan. Tunai janji rakyat dulu...
Tak usah lah nak menjatuhkan orang lain .. kerana diri sendiri tidak terurus dengan baik.