03 November 2008

ADEGAN YANG TAK INGIN DILIHAT...

Dalam satu perbicaraan di mahkamah negeri Pasir Dua Butir melibatkan satu kes pembunuhan seorang warga Gonggolia yang dibunuh menggunakan bom EX5. Dua orang tertuduh merupakan anggota polis khas yang menjadi pengiring pemimpin kanan tokoh politik negeri Pasir Dua Butir.

Hakim : Awak berdua telah dituduh dibawah seksyen 007 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan niat membunuh mangsa pada tarikh 31 Oktober 2006. Apa pengakuan kamu?

Tertuduh 1 dan 2 : Tidak bersalah Yang Arif ( hampir serentak )

Hakim : Ada apa-apa yang kamu nak perkatakan tentang tuduhan ini ?

Terduduh 1 : Saya diarahkan oleh isteri dan pemimpin kanan negeri Pasir Dua Butir Yang Ariff?

Hakim : TAK RELEVAN...Tertuduh 2, ada apa-apa kenyataan dari kamu ?

Tertuduh 2 : Timbalan Perdana Menteri negeri Pasir Dua Butir yang arahkan untuk bunuh Yang Ariff ?

Hakim : TAK RELEVAN...( sambil batuk-batuk dan membuka plastik gula Hacks lalu dimasukkan ke mulutnya ). Pihak pembela ada apa-apa yang anda hendak hujahkan terhadap tuduhan kepada anak guaman awak ?

Peguam Bela : Saya memohon untuk memanggil isteri TPM negeri Pasir Dua Butir sebagai saksi.

Hakim : TAK RELEVAN...kemukakan cadangan saksi lain ?

Peguam Bela : Kalau macam tu, saya cadang nak panggil TPM negeri Pasir Dua Butir sebagai saksi.

Hakim : TAK RELEVAN...OK..ada bukti baru yang awak hendak kemukakan dalam perbicaraan ini ?

Peguam bela : Pihak kami hendak kemukakan gambar TPM negeri Pasir Dua Butir yang pernah makan malam di Peris bersama dengan mangsa dan tertuduh ?

Hakim dan pendakwaraya : TAK RELEVANNNNN....( hampir serentak )

3 comments:

Mankanan said...

Diharap dalam negara kita, mahkamah lebih telus dalam menjalankan perbicaraan agar yang benar mendapat pembelaan dan yang salah dapat dihukum seadilnya... Mana-mana VVIP yang ada disebut dalam mahkamah sebagai 'terlibat' wajib hadir jika dipanggil untuk keterangan.. Mahkamah mesti adil dan tidak mengira pangkat dan kedudukan...

orang keadilan melaka said...

to : man kanan
Kali ini hang nampak profesional

enjit2semut said...

TIDAK ADA YG PELIK DI NEGARA PASIR DUA BUTIR. Lama2 akan jadi batu dua butir!
Ada tikar terbang boleh tolong, ada bangsi dan tropong hikmat akan bantu.Apa lagi ZAM ZAM ALLAKAZAM aje lah.....

menang tanpa bertandiiiing jadi presiden parti juntai sebatang.suka sangatlah makwenya...