23 November 2008

30% ADUAN POLITIK WANG FITNAH-MALAYSIAKINI

Menurut Lembaga Disiplin Umno , Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail, daripada lebih 900 aduan politik wang ke badan itu 30% aduan itu adalah fitnah. Terutama daripada pihak yang tewas semasa pencalonan di peringkat bahagaian baru-baru ini.

“Menerusi penelitian saya, daripada sejumlah aduan yang kita terima, 30 peratus adalah berunsur fitnah atau `frame up’ iaitu orang yang kalah nak aniaya calon yang menang dan sebagainya,” kata beliau.

Ini bermakna 70% dakwaan atau kira-kira 630 aduan adalah berasas. Satu jumlah yang agak besar. Ramai penganalisis dan pemerhati politik sedang menunggu sejauh mana ketelusan dan kesungguhan Umno untuk membanteras gejala rasuah yang begitu kronik. Begitu juga aduan yang dikemukakan kepada BPR, apa tindakan susulan selepas ini atau aduan yang diterima hanya sekadar memenuhi koleksi peti siasatan fail BPR yang bertimbun-timbun.

1 comment:

Anonymous said...

banyak tu 70% dari 900 komplen yang dibuat.ini masih lagi ditahap yang serius.UMNO perlu lebih tegas dalam membendung politik wang ni.jangan komplen hanya tinggal komplen semata-mata.

yang lagi 30% tu memang dasar orang yang busuk dan iri hati diatas kejayaan orang lain.orang-orang sebegini yang memalukan UMNO dan orang Melayu amnya.