10 November 2008
ALI RUSTAM NAFI WUJUD KEM DALAM UMNO.-MALAYSIAKINI
Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yakin pertandingan jawatan timbalan presiden Umno akan berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan tidak akan mewujudkan kem-kem tertentu.
"Ini kerana keutamaan ahli adalah kepada parti dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti adalah proses demokrasi dalam mana-mana parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Ali yang juga naib presiden Umno adalah antara tiga calon yang akan bertanding merebut jawatan tersebut dalam pemilihan Umno Mac depan.
Dua calon lagi ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Jika tidak wujud kem atau puak dalam Umno bermakna seolah-olah selama ini Ali Rustam buat kerja sorang-sorang sehingga mendapat 46 pencalonan dari bahagian Umno untuk jawatan timbalan presiden. Hebat sungguh ketua menteriku ini kerana berjaya menggunakan segala kudrat dan tenaga yang ada berkerja siang dan malam tanpa mengira hujan atau ribut, tanpa mengenal penat dan lelah menjelajah dari bahagian ke bahagian menjelaskan misi dan visi selaku calon timbalan presiden.
Keikhlasan beliau bekerja dan berkempen tanpa menggunakan mana-mana bantuan serta terlibat dalam mana-mana kem atau puak yang dikatakan wujud dalam Umno berbaloi apabila layak bertanding jawatan nombor dua. Apa yang lebih penting lagi beliau tidak menggunakan pengaruh politik wang untuk naik keatas seperti yang dilakukan pemimpin Umno lain.
Kepada Datuk Ali, kalau kenyataan itu dibuat kepada murid tadika mungkin semua akan angguk dan angkat tangan tanda bersetuju. Muhyiddin Yassin, Md. Taib dan Ruhanie Ahmad pula macam mana? Apa...Tak percaya ke ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semestinya akan wujud kumpulan penyokong tertentu buat setiap calon.dan sudah tentu penyokong-penyokong akan sedaya upaya untuk menaikkan imej calon pilihan mereka agar dipilih bagi jawatan naib presiden nanti.
hanya budak-budak hingusan saja yang tak nampak ada wujud kumpulan tertentu untuk pemilihan.macam Rafidah kata yang semuanya tetap tidak akan ok walaupun selepas selesai pemilihan nanti kerana dendam membara masih wujud dalam diri.
Post a Comment