17 November 2008

ISU BABI SANGKUT:ADA PIHAK SENGAJA TIMBULKAN KETEGANGAN KAUM-MALAYSIAKINI

Isu kepala babi yang digantung di pagar rumah AJK Umno Bahagian Masjid Tanah, Md. Rawi Mahmud memasuki episod baru. Semalam, 20 orang penduduk berarak dan membuat demontrasi di Balai Polis Kuala sungai Baru meminta agar satu siasatan segera dijalankan.


 

Pada saya isu ini merupakan satu provokasi yang sengaja dicetuskan untuk mewujudkan ketegangan kaum. Insiden ini kemungkinan besar dilakukan oleh pihak yang sama yang membuang bangkai babi di Pantai Peranginan Pengkalan Balak pada bulan lepas. Sila lihat posting saya sebelumnya.

http://angkasanuri.blogspot.com/2008/10/pantai-pengkalan-balak-dicemari-kepala.html

Semalam, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam menyifatkan tindakan pihak yang terlibat sebagai biadab dan kurang ajar.

Dalam hal ini semua pihak perlu berhati-hati dengan terperangkap dengan isu yang berlaku. Satu siasatan terperinci perlu dilakukan dengan menangkap dalang yang terlibat. Isu ini dipercayai berkaitan dengan langkah kerajaan negeri yang masih tertangguh untuk menutup ladang babi di Paya Mengkuang iaitu berhampiran dengan kedua-dua insiden berkenaan.

Isu ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri dapat menangani isu yang sekian lama telah tertangguh . Ini sekali lagi membuktikan kelemahan kerajaan negeri dari segi pemantauan dan penguatkuasaan sehingga jumlah ladang dan bilangan babi semakin tidak terkawal dan meningkat berlipat kali ganda.


 

2 comments:

Anonymous said...

Takkan nak jadikan Malaysia sebagai pembekal babi terbesar kot? Kenapa susah sangat nak buat tindakan terhadap pengusaha ladang-ladang babi ni? Nak declair Malaysia sebagai negara Islam pun malu sebab masih banyak ladang-ladang babi yang masih beroperasi, malah kerajaan Pakatan Rakyat nak buat projek ternakan babi mega pula lagi...

Anonymous said...

babi pun ciptaan Allah juga.tak kisah ada kandang babi di Malaysia tapi janganlah sampai melampaui batas pula.hormat la jugak sensitiviti kaum lain.jaga kebersihan dan bukan hanya setakat pentingkan kenuntungan.