06 November 2008

ISU CANSELOR UNISEL: SEMUA PIHAK PERLU RASIONAL-MALAYSIAKINI


Sehari dua ini agak kecoh juga apa yang berlaku di Selangor. Sejak Selangor berada di bawah Pakatan Rakyat, negeri ini agak sedikit 'berkocak' berbanding negeri lain yang turut dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Isu ternakan babi di Sepang, pelantikan kontroversi ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan, isu Himpunan 1 juta Protes di stadium Kelana Jaya, isu azan dan nama jalan, pelantikan pemangku pengerusi PKNS dan terkini isu Datin Rosmah Mansor, isteri TPM sebagai Canselor Unisel sebahagian yang mewarnai negeri Selangor selepas mengambil alih kerajaan dalam PRU yang lalu.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat menghantar surat bantahan mendesak agar menteri besar, Tan sri Khalid Ibrahim menggugur Rosmah dari jawatan canselor yang dilantik di bawah kerajaan BN sejak Ogos 2006.

Dalam hal ini semua pihak khususnya kepada pimpinan kerajaan negeri Selangor perlu bertindak matang dan rasional dalam tindakan supaya tidak memberi ruang dan peluang kepada pihak yang kecewa selepas Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat mengambil kesempatan.Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.

Isu penukaran jawatan Datuk Jamry Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh kerajaan negeri Perak yang turut dikuasai Pakatan Rakyat perlu dijadikan ikhtibar supaya pihak lawan tidak mengambil kesempatan yang akhirnya memburukkan imej kerajaan negeri.

Setiap pelantikan, penukaran dan pengguguran sesuatu jawatan selain perlu mematuhi segala prosedur, undang-undang dan bidang kuasa ditetapkan 'kesopanan' dan 'budi bahasa' juga mesti diberi perhatian. Lebih-lebih lagi melibatkan jawatan utama dan mereka yang menjadi perhatian masyarakat.Walaupun saya sama sekali tidak bersetuju dengan Rosmah sebagai Cancelor Unisel.

Pihak kerajaan negeri perlu berhati-hati dan bertindak bijak dalam menyelesaikan masalah ini. MB bertangungjawab dan menjadi milik semua rakyat Selangor dan bukan milik PKR,PAS atau DAP sahaja. Kematangan berpolitik akan memastikan rakyat selangor akan terus memberi undi untuk mengekalkan kerajaan yang ada pada PRU akan datang.

Dalam masa yang sama, Rosmah sepatutnya berundur secara terhormat. Pelantikan beliau adalah semasa kerajan BN. Apabila Pakatan Rakyat memerintah, jika beliau mempunyai prinsip dan harga diri telah berundur awal-awal lagi. Tindakan berundur adalah langkah terbaik agar beliau tidak terus didesak dan dimalukan oleh golongan akar umbi dan pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Saya merasakan Rosmah memang sengaja menyuruh kerajaan negeri memecat atau menggugurkan beliau. Secara tidak langsung isu ini akan dimanipulasi oleh BN dan media untuk menghentam kerajaan negeri. Buat seketika jika Rosmah digugurkan, akan sedikit sebanyak menaikkan imej beliau dan menyebabkan isu Altantuya yang dikaitkan denganya akan dialihkan kepada isu jawatan canselor Unisel pula.

6 comments:

pemikir muda said...

bangkai gajah walau ditutup sekalipun tidak akan hilang baunya.

begitulah juga dengan hal Rosmah.tak pasti jika dia mahu dipecat atau tidak bagi mengalihkan tumpuan.tapi kalau dia buat begitu pun apa gunanya kerana umum memang telah tahu pun tentang skandal Atlantuya.

jika ada pihak magu Rosmah digugurkan sebanagi Canselor Unisel maka harus sertakan sekali sebab-sebab kenapa dia harus digugurkan.memang Universitu Selangor milik kerjaan Selangor tapi perlukah hal-hal universiti dipolitikkan.

bukan niat hendak membela Rosmah tapi fikirlah dahulu.lainlah kalau memang Rosmah tak buat kerja atau tak reti buat kerja semasa menjadi Canselor itu memang patutlah dia digugur.

Anonymous said...

Bukan sekadar bangkai Gajah, bangkai cicak pun susah ditutup baunya...secara logik, Canselor Institusi Akademik sepatutnya di Sandang oleh golongan akademis yang berwibawa seperti Professor atau Pemegang Ijazah kedoktoran. Bukannya Datin atau isteri2 Menteri.

suka_aman said...

err...anynomus,
Datin Rosmah ada mempunyai bachelors degree dalam Anthropology and Sociology, Universiti Malaya. kemudian dia enrolled dalam post-graduate program di Louisiana State University, USA dan graduate dalam Master of Science majoring in Sociology and Agriculture Extension.

sila rujuk website Unisel.

hanggaroo said...

if i look beyond the politics and the fact that Rosmah is the wife of Najib,there's nothing wrong with her holding the post of the Chancellor.

i beg to differ though on the "you don't really need the proper academic requirements to be a chancellor".Sultan Azlan Shah if i'm not mistaken was a graduate from foreign university.i think anyone who entitled to be chancellor should have proper academic foundation.acedemic achievement helps to build reputation of a chancellor.

if Rosmah really abused her power as chancellor,then she should be replaced with someone else that as just as or more qualified than her.but then again Khalid had decided that Rosmah can stick to where she is now so everyone gotta respect that.

Mankanan said...

Tindakan PKR yang mendesak Rosmah supaya meletakkan jawatan sebagai Canselor dianggap sebagai keterlaluan dan menampakkan sikap PKR yang suka mempolitikkan hal yang berkaitan universiti. Tindakan ini juga dilihat sebagai isu murahan untuk menunjukkan betapa hebatnya PKR nak buat perubahan mendadak terhadap negeri jajahannya...

Anonymous said...

Salam sejahtera pembaca budiman

Kadang-kadang nampak sangat yang sebahagian drpd kita banyak berbicara benda2 yang bodoh dan tak perlu dipanjangkan.

Soal pelantikan Datin Rosmah sebagai Canselor u tu tak perlulah dipolitikkan. Tuan-tuan kena ingat kerana tuan-tuan bermain dengan isu-isu bodoh begitu anak-anak kita jadi mangsanya. Anak-anak kita tidak bersalah. Mereka ke Unisel dengan tujuan murni dan berbelanja puluhan ribu RM, wang ptptn pula tu.

Fikirkan nasib ribuan pelajar Unisel, dulu dikejutkan dengan pemecatan NC, kini heboh pula pasal Canselor. Nanti heboh pula kena pindah tapak ke negeri lain. Nanti heboh pula pencyarah dan kakitangan bukan penyokong pkr, dan lain-lain lagi. Mereka semua tu memang bodoh,bodoh,bodoh.