10 November 2008

'KATA DUA' SHARIZAT BERTUKAR JADI KELU TAK TERKATA-MALAYSIAKINI


Jika sebelum ini Sharizat memberi 'kata dua' kepada Rafidah tentang proses peralihan kuasa wanita agar dikaji semula atau dipercepatkan. Ramai beranggapan jika Rafidah kekal dengan pendiriannya untuk menetapkan proses peralihan kuasa seiring dengan peralihan kuasa dalam Umno yang sebelumnya dijadualkan pada 2010 maka akan berlaku pertarungan dan pertembungan di antara Rafidah-sharizat untuk jawatan ketua wanita.

'Kata dua' Sharizat dikatakan berpunca daripada desakan akar umbi. Kelantangan Sharizat juga disebabkan beliau mendapat 73 pencalonan daripada wanita bahagian. Jadi inilah masa yang dianggap sesuai untuk 'mengertak' Rafidah agar mempercepatkan proses peralihan kuasa. Shahrizat seolah-olah ingin menggunakan skrip yang sama seperti versi peralihan kuasa Pak Lah-Najib.

Tetapi apa yang berlaku pada hari ini lain pula jadinya. Dari kata dua, Shahrizat jadi kelu tak terkata seperti kerbau dicucuk hidung apabila melihat sokongan padu yang diterima Rafidah di kalangan AJK wanita Umno dan bahagian-bahagian. Walaupun Sharizat dikatakan bersetuju dengan 'pemuafakatan' yang berlaku pada hari ini tetapi realiti sebenarnya ibarat 'api dalam sekam'. Di luar nampak elok tetapi di dalam panas membahang.

3 comments:

Anonymous said...

Perkara macam ni kadang-kadang sukar nak dibicarakan kerana kita tak dapat baca isi hati sebenar Rafidah dan Shahrizat... Pada awalnya mungkin mereka berdua 'bermuafakat' dalam peralihan kuasa yang dirancang tapi setelah Shahrizat mula mendapat sokongan yang memberangsangkan, beliau dah jadi lain. Sekarang ni kelu tak terkata pula sebab sokongan terhadap Rafidah juga masih kuat dan mampun menggugat kedudukan Shahrizat...Entahlah...

Anonymous said...

bukan setakat Shahrizat je yang macam hendak peralihan kuasa dipercepatkan,datuk Kamilia (ketua wanita umno kuala kangsar) yang telah layak bertanding jawatan Naib Ketua juga mahukan peralihan kuasa disegerakan.

taktau lah apa yang Rafidah kata pada Shahrizat sampai terkunci terus mulut Sharizat dari berkata tentang peralihan kuasa yang awal.

tapi elok juga jika peralihan kuasa dijalankan lebih awal.sebelum ini Rafidah menyokong peralihan kuasa awal Abdullah-Najib.kenapa Rafidah pula tidak mahu berundur lebih awal?dah kena pada batang hidung sendiri barulah nak sedar.

Unknown said...

Rafidah dah berkeras mahukan peralihan kuasa dijalankan seperti yang dirancangkan.maknanya shahrizat terpaksa la bersabar buat sementera waktu untuk menaiki takhta sebagai ketua wanita UMNO.