26 November 2008

KETUA WANITA UMNO JOHOR PERTAHAN RAFIDAH-Malaysiakini


Setelah diserang dari segenap penjuru, akhirnya ada juga wanita Umno yang mempertahankan Rafidah mengenai pelan peralihan kuasa.

Exco Pergerakan Wanita Umno hari ini menafikan dakwaan tiada perbincangan yang diadakan di kalangan ahli exco berhubung pelan peralihan kuasa antara ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz dan naib ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua wanita Umno Johor yang juga Ahli exco Wanita, Datuk Halimah Sadique berkata dakwaan Pengerusi Biro Antarabangsa Wanita Umno, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah bahawa Rafidah tidak pernah berbincang dengan Exco pergerakan itu dan hanya membuat pengumuman mengejut di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada satu majlis rasmi Wanita berhubung perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

"Ahli-ahli exco jangan keluarkan kenyataan tidak berasas dan berbaur fitnah kerana kedua-dua calon (Rafidah dan Shahrizat) sudah menawarkan diri untuk bertanding.

"Biar perwakilan pada pemilihan parti tentukan," katanya dalam satu sidang media di Menara Dato' Onn, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga senator Dewan Negara meminta supaya ahli-ahli exco berhenti daripada memutarbelitkan fakta berhubung pelan peralihan itu kerana ia mengelirukan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Raja Ropiah berkata, Rafidah tidak pernah berbincang dengan Exco pergerakan itu sebelum mengumumkan pelan peralihan kuasa di antara beliau dengan Shahrizat pada Jun 2009.

Katanya, beberapa Exco Wanita mendakwa Rafidah membuat pengumuman mengejut di depan Perdana Menteri pada satu majlis rasmi Wanita pada satu majlis Wanita pada 4 Ogos lalu tetapi terpaksa akur kerana dilakukan di depan Perdana Menteri.

Di samping itu beliau mengingatkan semua pihak khususnya di dalam wanita Umno agar tidak membuka pekung di dada dengan 'menelanjangkan' kelemahan wanita Umno kepada umum dan media.Persaingan sengit itu nanti dikhuatiri mewujudkan golongan yang berkempen secara agresif termasuk mengutuk, mengaibkan dan menggunakan media massa bagi memastikan pemimpin yang disokong menang.

"Hentikanlah perangai buruk seperti itu sebaliknya pertandingan mestilah berasaskan keyakinan dan keikhlasan untuk memperjuangkan nasib Melayu," katanya yang juga Exco Wanita UMNO.

Halimah mengulas keputusan Rafidah yang merupakan Ketua Wanita UMNO dan juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar untuk mempertahankan jawatan itu selepas Naibnya, Shahrizat mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu sayap itu.

2 comments:

torexxx said...

tak tahu mana satu nak percaya ni.Shahrizat kata dia diperangkap dan penyokong Rafidah kata memang Shahrizat sudah bersetuju dengan plan tu.

tapi pelan tu dah jadi sejarah.Shahrizat dan Rafidah dah ambil keputusan untuk bertanding.kita lihat sajalah siapa yang menang.yeah!

##### said...

pertarungan kategori heavyweight (ketua wanita) antara Rafidah dan Shahrizat bakal berlangsung nanti.promosi (berkempen) sudah pasti akan rancak sehinggalah pada hari pertandingan (pemilihan calon) nanti.

siapa yang akan pulang dengan kesan lebam (kekalahan) yang teruk dan siapakah yang akan menang trofi (kerusi ketua wanita) rebutan mereka?