26 November 2008

ANAK LUAR NIKAH DI MELAKA BERTAMBAH 51%- Ref Malaysiakini

Kes hamil luar nikah di negeri ini meningkat 51 peratus kepada 328 kes berbanding 311 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Malah kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 secara keseluruhannya juga didapati meningkat sebanyak 5.9 peratus atau 93 kes.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata sehingga November ini, jumlah kes membabitkan kesalahan syariah di negeri ini meningkat kepada 1,586 kes berbanding 1,493 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 808 kes bersekedudukan dilaporkan pada tahun ini berbanding 699 kes tahun lalu," katanya.

Peningkatan kes jenayah syariah di Melaka ini semakin membimbangkan. Dijangka kadar ini akan terus meningkat disebabkan suburnya pusat-pusat maksiat dan hiburan di Melaka.

Apa yang berlaku sepatutnya membuka mata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk mengatasinya. Ali Rustam sepatutnya menarik diri dari pencalonan sebagai timbalan presiden Umno memandangkan banyak masalah besar dalam negeri Melaka yang berlarutan sekian lama gagal diselesaikan. Misalnya, bliau sepatutnya menumpukan perhatian menyelesaikan isu ladang babi di Melaka yang akhir-akhir ini telah mewujudkan kebencian di antara kaum.

Apa yang berlaku di Melaka juga adalah disebabkan sikap terlalu ghairah Ali Rustam untuk mengejar status Melaka negeri maju 2010, sehingga aspek rohani dan pembangunan insan tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Implikasinya dapat dilihat pada hari ini, bukan sahaja kadar jenayah syariah meningkat di Melaka tetapi juga turut melibatkan kes jenayah lain seperti ragut, pecah rumah, rogol dan bunuh. Terbaru apa yang berlaku pada konstabel polis Mohd. Fairuz shafie, 22 tahun yang dibelasah sehingga koma dua hari lepas lebih 20 pemuda membuktikan betapa serius dan gawatnya kes jenayah dan salah laku yang melanda Melaka.

1 comment:

Anonymous said...

Yang menyumbangkan peratus tinggi pastinya golongan remaja. Itulah, bila bagi tengok tayangan video sajak kematian masa sekolah rendah, takut dan trauma...manja sangat... Bila dah remaja, susah pula nak bentuk sebab kuat memberontak. Inilah hasilnya...