27 November 2008
YOGA HARAM, GELEK GERUDI MACAM MANA?-Malaysiakini
Amalan Yoga secara sistematik yang mempunyai unsur mantera dan pemujaan telah pun diputuskan haram kepada umat Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Isu ini mudah sahaja sebenarnya, cuma ada pihak tertentu yang cuba memutar belitkan fakta dan isu sebenar.
Syabas diucapakan kepada Majlis Fatwa, sekurang-kurangnya dapat menjelaskan kekeliruan dan menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.
Dalam kehangatan membahaskan isu yoga, umat Islam seolah-olah terlupa akan satu lagi bahaya atau 'Tsunami' yang bakal merosak dan meruntuhkan akhlak umat Islam di negara ini.
Pada 29 November ini bakal berlansung satu persembahan artis sensasi dan kontroversi yang menjadi 'simbol seks' Indonesia Inul Daratista artis dangdut yang terkenal dengan 'goyang gerudi'nya bertempat di Stadium Bukit Jalil.
Jika konsert ini diteruskan ramai khususnya golongan anak muda akan 'hanyut'. Kehadiran mereka sudah pasti ingin 'menjamu mata' kelembutan goyang gerudi dan kelunakan suara yang bakal dipersembahkan oleh Inul.
Telah acap kali kita dengar tentang kehadiran Inul membuat persembahan di Malaysia. setiap kali kehadiran dia ke sini sudah pasti ada pihak yang meluahkan bantahan dan mengadakan protes kerana persembahan Inul yang boleh menjejaskan akhlak dan boleh meruntuhkan iman umat Islam di negara ini.
Di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah lama mengeluarkan fatwa mengharamkan persembahan goyang gerudi yang dilakukan oleh Inul berdasarkan bahawa ia mengandungi unsur lucah dan bertentangan dengan undang-undang ponografi di negara itu yang diluluskan pada tahun 2002.
Walau bagaimanapun, di negara ini masih tidak ada sebarang kenyataan dan pandangan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan dengan isu ini. Dalam hal ini, jika tidak ada sebarang fatwa sekalipun, Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menyatakan pandangan dan pendirian tentang isu gelek gerudi ini sebagai satu institusi yang diberi tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara akidah umat Islam.
Sikap membisu Majlis Fatwa mengundang seribu satu persoalan kerana, isu ini turut melibatkan masalah umat Islam di negara ini memandangkan sambutan hebat yang diberikan setiap kali Inul mengadakan persembahan di negara ini.
Majlis Fatwa mesti menunjukkan peranan dan fungsinya sebagai tempat rujukan sebarang permasalahan umat Islam di negara ini seperti yang ditunjukkan dalam isu Yoga. Mereka yang berada di dalam majlis fatwa perlu lebih proaktif dengan keluar dari kepompong dan label 'ulama terompah kayu' yang pernah diberikan kepada golongan ini satu ketika dahulu dengan memberi perhatian dan mengambil berat setiap isu yang berkaitan dengan umat Islam di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ok.pasal isu yoga kiranya dah settle.abis cerita.skang ni psal goyang gerudi pulak.
bukan ke sebelum ini konsert Inul telah dibatalkan?.tapi tak serik-serik pula Inul mahu mengadakan konsertnya disini.
tapi bagaimana pula dengan tarian "gelek perut" yang terkenal di Asia Barat?.tertanya-tanya juga tarian itu diharamkan atau tidak disana.
haaa...betul kata torexxx.macamana pulak dengan tarian "gelek perut".saya ada tahu juga ada kelab di Malaysia ada yang sediakan tarian gelek perut untuk para pengunjung.apa pula fatwa tentang itu?
Mungkin fatwa berkaitan gelek gerudi dalam proses perbincangan. Mungkin Majlis Fatwa mengambil kira semua jenis dangdut dan gelek untuk diharamkan.
Post a Comment