18 November 2008

KITA BINCANG ISU SAJAK KEMATIAN BUKAN ISU BEKAS AHLI AL ARQAM-MALAYSIAKINI

Saya tidak pernah mengikuti mana-mana program Al Arqam, jauh sekali menganggotai pertumbuhan yang telah diharamkan oleh kerajaan ini. Cuma masa di Pahang, saya ada berurusan dengan anak sulung Ashaari, Fakhrul Razi yang ketika itu dibuang daerah itupun berkaitan dengan urusan jualan langsung yang saya lakukan secara sambilan.

Saya bukan nak membela atau nak mempertahankan Al Arqam. Tapi bila isu 'sajak kematian' mendapati liputan dan 'publisiti' percuma saya tertanya kenapa isu bekas ahli Al Arqam ditimbulkan? Isu sekarang ialah isu 'sajak kematian' untuk membawa kesedaran dan keinsafan kepada pelajar. Apakah mereka telah mati hujah sehingga terpaksa memberi imej buruk tentang siapa di balik tabir 'sajak kematian' yang dibawa ke sekolah-sekolah untuk 'menghalalkan' hujah mereka menentang 'sajak kematian'.

Biarlah kita bincang dari sudut fakta dan hukum. Minta pandangan majlis fatwa dan ulamak untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan aqidah atau sebaliknya. Perbincangan mestilah ilmiah tanpa dipengaruhi dendam dan prasangka atau mencari kepentingan politik. Berhujah bersandarkan rujukan Al Quran, Hadis, qias dan Ijmak Ulamak bukan bercakap dengan emosional dan rasional yang lebih menampakkan betapa jahil dan kebencian terhadap Islam.

3 comments:

Samsudin said...

Dalam isu sajak kematian yang dibangkitkan barau-baru ini, saya rasa adalah wajar jika Majlis Ulama membuat satu perbincangan untuk menentukan hukum yang patut dijatuhkan pada sajak kematian. Kita tidak boleh terus menolak sajak kematian dengan alasan menakutkan budak-budak tanpa mengetahui apakah hukum sebenarnya. Diharapkan satu kesimpulan dapat dibuat bagi menyelesaikan isu sajak kematian daripada terus disensasikan. Bukan apa, sebelum 'orang' yang tak sepatutnya campur tangan, eloklah selesaikan...

pemikir muda said...

"sajak kematian" ini elok sebenarnya kerana kematian adalah perkara yang normal.setiap yang hidup pasti ada yang mati.

namun ini bergantung pada cara penerimaan masing-masing.ada yang mahu diteruskan dan ada yang mahu dihentikan.kita pun kena tahu jugaklah limit seorang budak macammana.bukan semua budak itu kuat.kalau budak yang tengok tu dapat terima video sebegitu,ok lah.kalau yang jenis mengigau sampai takut nak tidur malam tu susahlah sikit.

apapun,masing-masing ada pandangan tersendiri.ikutlah rasa yang mana elok untuk anak-anak.

si lembik's said...

hanya mereka yang cetek akal saja yang berfikiran jumud...jika sajak kematian dikatakan boleh memperngaruhi mental dan minda kanak2 bagaimana dengan cerita2 ganas dan tahyul ditayangkan ditelevisyen..bukankah itu lagi mempengaruhi anak tersebut..

pokok pangkalnya ia datang daripada ibubapa sendiri..mereka yang mencorakkan anak tersebut..jika salah coraknya maka hanyutlah anak tersebut

sian kat budak tu dapat mak bapak yang xberakal