18 November 2008
SHARIZAT SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT?-MALAYSIAKINI
Khamis ini Sharizat dijangka akan mengumumkan keputusannya sama ada bertanding atau tidak. Walau bagaimanapun ramai meramalkan Shahrizat akan menurut desakan akar umbi(ubi kayu?) untuk bertanding jawatan Ketua wanita mencabar Rafidah.
Sebelum ini sharizat seperti berdolak dalik bahawa sebarang keputusan sama ada mencabar Rafidah atau tidak bergantung kepada Kamilia ketua wanita Umno Perak sama ada bertanding atau tidak jawatan naib ketua wanita Umno. Kamilia tetap dengan keputusannya bertanding. Jadi apa lagi yang perlu ditunggu? Pencalonan 77 wanita bahagian yang diperolehi Shahrizat untuk jawatan ketua wanita adalah sesuatu yang telah 'menggoncang' kesetiaan Shahrizat kepada Rafidah.
Sikap dan tindakan Shahrizat umpama mengkhianati janji dan ikrar yang dibuat sebelum ini.Wanita Umno Selangor misalnya menggesa Shahrizat agar berpegang dengan janji-janjinya untuk tidak mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam pemilihan ketua Wanita Umno Mac depan.
Sumber-sumber yang rapat dengan Wanita Selangor mendakwa, Shahrizat sebelum ini pernah berjanji - dengan disaksikan oleh ketua-ketua Wanita negeri - akan mematuhi pelan peralihan kuasa pada Jun 2009.
Dalam perbincangan tersebut kata sumber-sumber itu, Shahrizat juga berkata, beliau amat menghormati Rafidah dan tidak akan menentang ketuanya.
"Ekoran itu, wanita akar umbi berasa tidak senang dengan keputusan Shahrizat mendesak supaya peralihan kuasa dipercepat ke Mac ini dan tidak seperti mana yang dirancang Jun depan.
"Mereka rasa dimain-mainkan, dianiayai," kata sumber-sumber itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ekeleh.Rafidah pun sama lah.Mula-mula dia bersetuju dengan pelan peralihan antara Abdullah-Najib.tapi bila Muhyiddin dah mula membuka mulut mahukan Pak Lah berundur,Rafidah pun turut sama menyokong kata-kata Rafidah padahal dia dan Muhyiddin dah besetuju sebelum ini tentag pelan tersebut.
jadi bila dah kena batang hidung sendiri mulalah dia menggelabah.kalau wanita Selangor tak sokong Shahrizat,wanita-wanita dinegeri dan bahagian lain pula mahukan Rafidah untuk berundur.
yang rasa dimain-mainkan sebenarnya adalah Shahrizat.macam ditolak antara Rafidah dan Kamilia.yang Rafidah macam tak nak pergi dan Kamilia macam nak sangat jawatan baru.
Rafidah ni sepatutnya dah lama dia boleh berhenti.dia kata dialah ketua paling lama yang pernah berkhidmat untuk wanita UMNO.jadi kenapa perlu 3 bulan lagi untuk berundur dan bukan lebih awal dari itu?
berilah peluang pada orang lain untuk menerajui wanita UMNO.Rafidah dah diberi peluang bertahun-tahun untuk melaksanakan perubahan.kenapa dalam 3 bulan akan datang pulak dia kata mahu buat perubahan dan apa perubahan dia boleh berikan?.
sudahlah.sebelum ini Rafidah mahu Abdullah berundur.sekarang ini Rafidah pula yang diminta berundur.
it's better Shahrizat to take risk and go for the top post rather than just to wait for the power transition plan.furthermore if Shahrizat follows the transition plan then Shahrizat will only "acting" as the chief.
but the risk is that Rafidah might call upon all his supporters to by any means necessary to make sure Rafidah wont lose the seat to Shahrizat.be prepared for ditry tactics.you have to expect suprises when you're dealing in politics.
as for Kamilia,she can go on and contest for the deputy chief seat.nothing wrong with that.but there's hearsay flowing in the air that Rafidah and Kamilia are together to throw Shahrizat away for good.
Post a Comment