12 November 2008

PATUTLAH DISIPLIN PELAJAR SEMAKIN PARAH-MALAYSIAKINI


Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai masalah salah laku dan disiplin pelajar. Jika 10 tahun dulu isu disiplin pelajar hanya melibatkan isu-isu biasa seperti ponteng, tak siap kerja rumah, pakaian kurang sopan dan paling serius pun kes seperti merokok dan bergaduh sesama sendiri.

Hari ini, isu yang dinyatakan telah dianggap sebagai isu kecil dan remeh temeh. Pelajar hari ini terlibat dengan pelbagai gejala yang semakin membimbangkan. Di antaranya kes berzina,rakaman klip video lucah, memukul guru, peras ugut dan mengedar dadah dalam usia yang masih muda dan mentah.

Menyedari masalah disiplin yang semakin serius ,pelbagai usaha dan program dijalankan untuk mencari penyelesaian dan membendung perlakuan jenayah ini untuk membangkitkan kesedaran dan memberi keinsafan kepada pelajar.

Program sajak kematian yang diiringi dengan pentomen merupakan salah satu pendekatan yang diambil untuk mengatasi masalah ini.Malangnya, usaha murni ini mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada segelintir pihak di kalangan Ibu bapa dan NGO.

Terbaru Menteri Pelajaran turut tidak bersetuju dengan program sajak kematian yang diadakan.Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.

Kepada menteri pelajaran hayatilah satu maksud Hadis Nabi SAW :

'Orang yang paling cerdik, adalah mereka yang banyak mengingati mati'

Lantaran itu tidak hairanlah pelajar hari ini semakin teruk dan rosak akhlaknnya. Apabila program yang baik seumpama ini turut tidak disetujui oleh Menteri Pelajaran. Saya ingin bertanya kepada Hishamuddin apa langkah yang diambil oleh Kementerian di bawah beliau mengatasi masalah pelajar hari ini yang semakin membimbangkan?Mungkin Hishamudin terlalu sibuk berkempen untuk jawatan Naib Presiden Umno sehingga terlupa tentang masalah pelajar semakin kronik dan parah.

3 comments:

Ir said...

Salam..
Saya setuju dengan penulis.. Saya rasa memang tiada masalah dengan video sajak kematian ini. Melaui cara ini, kita mudah insaf. Bagi saya peringkat umur sekolah rendah sesuai untuk dipertontonkan kerana pada peringkat ini, mereka masih mudah dibentuk. Jika remaja atau dewasa mungkin sukar sikit nak sedarkan. Inilah kenyataannya... Mengapa terlalu manjakan sangat kanak-kanak sekolah rendah. Penghayatan video ini bukanlah ekstrem tapi untuk menyedarkan kita... Mungkin terlalu manjalah menyebabkan remaja kita pada hari ini terlalu bebas, bebas buat apa saja...merogol, merompak, menagih dadah, membunuh, buang bayi dsb...terlalu bebas sehingga tak takut dengan Tuhan... Saya berharap pihak kerajaan tidak akan menarik balik video ini... Jangan hanya kerana video ini, kerajaan seolah-olah memberi peluang kepada pembangkang untuk membuat isu ini sebagai modal untuk menhentam kerajaan...

Samsudin said...

Apa masalahnya dengan video ini? Kenapa kementerian Pendidikan harus menarik penayangan video ini? Tidakkah kita bimbang dengan gejala sosial yang melibatkan remaja yang semakin hari semakin merisaukan? Sudah sampai masanya untuk menyelamatkan bangsa Melayu Islam daripada berterusan dijangkiti penyakit sosial yang semakin parah ini. Pendidikan harus bermula dari awal. Jangan terlalu manjakan kanak-kanak dengan hanya cara 'berhemah'. Ia tidak memberi kesan. Sudah sampai masanya kita terapkan nilai-nilai murni dengan pendekatan yang lebih efektif seperti video sajak kematian ini. Jika kanak-kanak takut melihat video ini, ia merupakan petanda baik untuk menyelamatkan bngsa kita...Teruskan tayangan video ini. Saya syorkan kerajaan supaya TIDAK MENARIK SEMULA tayangan video ini dan banyakkan video-video kesedaran yang efektif seperti ini...

pancaroba said...

jangan hanya setakat video saja yang kita tunjukkan.kawalan juga perlu diberi kepada anak-anak kita.bimbing mereka dan dekati mereka.kenali siapa rakan-rakan mereka.