12 November 2008

NAJIB AKAN GAGAL: KATA DR MAHATHIR-MALAYSIAKINI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kemampuan yang secukupnya untuk menghadapi kemelesetan ekonomi global.

Dunia, kata beliau, sedang berada di ambang kemelesetan ekonomi.

"Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," Malaysiakini memetik beliau berkata.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, krisis ekonomi global memerlukan tindakan antarabangsa untuk menangani sistem kewangan global yang boleh disalahgunakan.

"Melainkan kita menukar sistem, (penyalahgunaan) tidak akan berhenti. Untuk merubah sistem kita memerlukan kerjasama. Bukan hanya perintah dari Washington," katanya.

Sebelum ini, Dr. Mahathir menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tertarik.

Malaysiakini 21 April lalu melaporkan Dr Mahathir menganggap Najib "lemah dan pengecut".

4 comments:

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir berkata benar bahawa Najib seorang yang lemah dan tidak mampu memimpin negara dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Jadi siapakah yang layak sebenarnya jika bukan Najib altantu bik mama?
Najib pasti akan gagal kerana beliau tidak menonjol kecuali berlindung di sebalik nama ayahanda beliau Tun Razak.

Mankanan said...

Bagi semua nama pemimpin negara di seluruh dunia pada Mahathir, nescaya semuanya akan dikritik oleh Mahathir. Takde satu pun pemimpin yang bagus di mata manusia bernama Mahathir. Semua tak kena. Hanya beliau je yang 'bagus' dan boleh jadi pemimpin dunia atau sekurang-kurangnya jadi penasihat...Itulah Mahathir...

fishbone said...

kalau Najib tak berkemampuan,sapa pulak yang berkemampuan wahai Tun?.Mukhriz ke yang layak?.

kalau Mahathir yang jadi Menteri Kewangan sekarang pun rasa-rasanya dia pun akan cuba tampil yakin didepan masyarakat.disebabkan dia bukan lagi dalam kerajaan jadi memang bolehlah dia kritik Najib.

"Sebelum ini, Dr. Mahathir menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi"

maknanya kalau Najib ikut kata Mahathir barulah boleh dikatakan Timbalan yang cekap?

mentang-mentanglah dia pernah jadi PM selama lebih 20 tahun selamber dia je kritik orang lain.

end said...

sebelum ini bukan Mahathir ada beri sokongan kepada Najib ke?kenapa sekarang ni kata Najib "tak boleh diharap"?

Mungkin Najib ada buat Tun merajuk kot.itu yang Tun ambil peluang untuk hentam Najib.

Tapi Mahathir ni sapa-sapa yang tak ikut cakap dia atau bukan dari kalangan orang dia memang dia tak gemar sangat pun.