13 November 2008

ISU FATWA:BETINDAK SEGERA SEBELUM KEADAAN BERTAMBAH PARAH-MALAYSIAKINI



Biadap dan memalukan!Itu yang dapat saya katakan berikutan tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan urusan agama Islam di negara ini.

Mereka bergerak atas nama NGO memepertikaikan fatwa berkaitan hak wanita dan isu-su lain berkaitan umat Islam di negara ini. Apa perlu mereka mencampuri urusan agama Islam di negara ini?Tindakan mereka langsung tidak menghormati sensistiviti agama dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Walaupun jumlah mereka sedikit, tindakan mereka jika dibiarkan akan mewujudkan suasana ketegangan di antara agama. Dikhuatiri terdapat dalang di sebalik tindakan mereka sebab itu mereka semakin 'naik tocang' mempersendakan agama Islam di negara ini.

Kerajaan perlu bertindak tegas dan mengenal pasti dalang yang terlibat dan mengheret mereka ke muka pengadilan. Jangan biarkan kesucian dan keharmonian yang selama ini dikecapi dicemari dengan tindakan mereka yang tidak bertamadun dan memusuhi Islam.Perbuatan mereka seolah-olah dirancang untuk mengapi-apikan kemarahan Umat Islam. Tidak mustahil mereka sengaja membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini untuk mengalihkan dari isu sebenar yang melanda negara.

Apa yang lebih menghairankan tidak ada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan terhadap mereka yang biadap ini. Sebelum ini Islam di negara ini semakin tercabar dengan tindakan golongan mereka yang keterlaluan.Mereka secara terang-terangan tanpa berselindung mempertikaikan amalan dan soal agama Islam di negara ini.

Mana dia suara Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, adakah ini salah satu ajaran dalam Islam Hadhari membiarkan Islam dipersendakan? Kemana menghilangnya suara mufti dan tokoh-tokoh agama dalam kerajaan dalam hal ini? Kenapa Datuk Zahid Hamid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama Islam turut kelu dan membisu? Mana perginya ketegasan Datuk Hamid Albar sebagai Menteri Dalam Negeri dalam menangani isu ini?

Dalam masa yang sama saya ingin mengingatkan kepada umat Islam dan penduduk di negara ini agar berhati-hati dalam isu ini, agar tidak terjerat dan terperangkap dengan api permusuhan agama yang sengaja ditiupkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang mempunyai agenda dan rancangan jahat terhadap keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

4 comments:

Anonymous said...

Agak menghairankan apabila bangsa bukan Melayu membantah Majlis Fatwa. Apa kena mengena Majlis Fatwa dengan mereka? Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa kepada umat Islam sahaja dan bukannya untuk mereka yang bukan Islam. Kenapa mereka pula yang tidak semena-mena mencampuri urusan agama Islam? Angkara siapa semua ni? Siapa dalang di sebalik perhimpunan 'bangang' ni? Kenapa perlu bangkitkan isu yang boleh membuat orang Islam marah? Kenapa mesti cabar kewibawaan Islam? Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka. Kalau boleh, ISA kan saja mereka ni...

Anak Perelih said...

Dalang mereka mereka ini adalah orang berfahaman Islam Liberal dan Secular Zealots.. terutama didalam Sister in (un)Islam

Anonymous said...

Kami bukan Dalang, usaha kami hanya untuk membela nasib kaum perempuan yang semakin tertekan oleh elemen elemen yang tak masuk akal. Hari ini tomboy, besok yoga, lusa entak apa lagi fatwa yang tak practical yang akan diujar. Selamatkan kaum perempuan.

Anonymous said...

aku seorang lelaki dan aku seorang Islam.

pada aku hal lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki ni bergantung pada persepsi dan perspektif masing-masing.mak aku ada rambut pendek but that doesnt mean my mom is a tomboy and pengkid.mind you.

aku takda masalah sebenarnya.tapi ini adalah fatwa untuk orang Islam.mungkin ada golongan NGO yang tak faham tentang fatwa ni.heck i'm sure muslims pun ada yang tak faham tentang fatwa ni.

tapi seriously aku takde masalah dengan nyah,bapok,gay,lesbian,pengkid,tomboy,crossdresser.they're just different than us.aku pasti dah ada yang menasihati mereka tapi mereka dah pilih cara sebegitu.nak paksa dia pun tak boleh sebab perubahan hanya boleh berlaku bila hati terbuka untuk menerima perubahan.

itu pendapat aku lah.