13 November 2008

KETUA POLIS NEGARA BERI AMARAN KEPADA PENENTANG FATWA-MALAYSIAKINI

Ketua Polis Negara, Tan sri Musa Hassan memberi amaran kepada penentang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pengharaman pengkid agar bersedia untuk menghadapi tindakan.

Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.

“Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena “Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini.

Beliau berkata tindakan NGO bukan Islam yang melakukan demonstrasi berhubung pengharaman pengkid di ibu negara baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.

“Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati,” katanya.

Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan.

“Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya,” katanya.

Dalam hal ini saya memuji amaran yang dikeluarkan oleh Musa Hassan walaupun agak terlewat berhubung tindakan biadab NGO yang terlibat dalam demontrasi. Apa yang diharapkan agar ada tindakan susulan mengikut lunas undang-undang agar tidak ada lagi mana-mana pihak yang berani mencabar kesucian agama Islam di negara ini.Pihak yang terlibat perlu diheret ke muka pengadilan agar tidak bersikap kurang ajar dan mencampuri urusan agama Islam.

Baru-baru ini NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan perlakuan “pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki.

8 comments:

Anonymous said...

Bodoh polis negara!Hang rasuah lebih banyak daripada menjaga keselamatan rakyat M;sia..!Begitu banyak kes-kes yang serius tapi hang macam tak peduli ja...!!Inilah dikatakan bodoh tak berpelajaran polis negara!Orang action is louder than words tapi hang cuma tau talk cock saja!

Anonymous said...

Polis seharusnya neutral dan tidak memihak siapa2. Tugas mereka adalah menguatkuasa undang2 negara secara professional, bukan untuk mengancam mana2 pihak yang tidak melanggar undang2 Malaysia.
tolong jelaskan NGO tersebut telah melanggar undang2 Malaysia yg mana?
Tidak setuju dan besuara itu hak rakyat yg dilindungi perlembagaan Malaysia.

Apa yg dimaksudkan mengancam keselamatan?
siapa yg cedera, rumah mana yg terbaka? peniagaan yg mana dijejas?

Ikut suka hati saja kah?

yg anehnya orang menyokong pula?

Tindakan majlis fatwa (yg terdiri drpd manusia biasa) tidak boleh disoalkan kah? semata2 mereka itu orang muslim?
atau mereka itu takut disoal?

pengumuman secara umum di Malaysia dapat sambutan umum dpd rakyat Malaysia. whats the problem?

Anonymous said...

Really, I cannot understand why NGOs (particularly those non muslim NGOs) want to comment and interfere with Fatwa by the authorities. Only a muslim can comment on it. Non muslim has nothing to do with it. Imagine muslims or non christians condem or comment on some christian matters.

Anonymous said...

the issue here is:
- why did the chief police get involved in this matter?

he has his important duty to be impartial and neutral. he can't take side. PERIOD.
regardless if he is a muslim or not.

imagine the police in UK take side and only crack down on muslim demostration? would you cry foul?
whatever applies ove there applies here.

and BTW, how can u say the fatwa doesn't affect non-muslims?
if it is made into a law, it will affect their family and friends.
further more, anything that affect fellow Malaysians can be and should be questioned by Malaysians.

and why doesn't the fatwa council like to be questioned?
Gold will shine brighter the more it is polished. the same can't be true for plated metal. same for truth.

Anonymous said...

harap maklum ya,di uk,agama rasminya bukan Islam..

fatwa dan hukum dlm Islam tak memberi kesan kepada bukan Islam.kita tentu xpernah dgr bkn Islam ditgkap khalwat @ mkn di bln puasa kan?(skdr menyebut 2 cth)

Anonymous said...

oh ya...
ketua polis kenalah bg komen...
nampaklah dia 'prihatin' dgn masalah rakyat...
klu tak,nanti rakyat ckp dia mkn gaji buta je..

Samsudin said...

Anonymous 7.46am,
Kau ni memang tak faham atau takkan faham atau buat-buat tak faham atau dah memang b****p ke apa. Cuba fikir secara basic pun takpelah... Majlis fatwa keluarkan fatwa untuk orang Islam SAHAJA. Jadi kenapa NGO bukan Islam pula yang sibuk-sibuk membantah majlis fatwa? Fikirkan itu cukuplah...

Anonymous said...

alamak,
nampaknya kamu semua tidak faham konsep "neutral" dan "impartial"
tugas polis bukan untuk memihak siapa2, malah tidak boleh memihak siapa2, apatah lagi Ketua polis.
issu kini, Ketua polis memberi amaran kpd orang yg tidak bersalah di sisi undang2.
apa implikasi?
Police state ke ni?

saya telah memberi keterangan, kalau fatwa dijadikan undang2, ianya akan affek keluarga, teman2 orang bukan islam. bukankah mereka berhak bersuara? pengumuman umum di Malaysia disambut rakyat malaysia, apa salahnya?

menyoal majlis fatwa tidak sama dgn menghina Islam. jauh beza antara kedua2nya. saudara yg bijaksana pasti tahu bezanya.

kenapa "insecured" sangat sampai takut disoal?