13 November 2008

UMUM MARKAH LULUS MATEMATIK DAN SAINS DALAM UPSR UNTUK BUKTI PPSMI BERJAYA-MALAYSIAKINI


Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 tidak gagal dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan pada hari ini.

"Ini bukti PPSMI ini tidak gagal tetapi saya tidak katakan dasar ini sudah lengkap atau tepat dan ia boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian mengulas desakan termasuk daripada tokoh akademik yang mahukan subjek Sains dan Matematik kembali diajar dalam Bahasa Malaysia bagi mengelakkan bahasa itu terpinggir.

Pada pengumuman keputusan UPSR hari ini, seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom ketika mengumumkannya berkata keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata pada UPSR lalu, 57 peratus calon telah menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris dan ia membuktikan calon juga selesa untuk menggunakan bahasa tersebut dan ia adalah satu kebanggaan kementerian.

Walau bagaimanapun untuk lebih telus dan berani , Hishamuddin harus mendedahkan berapa sebenarnya markah lulus untuk subjek matematik dan sains sebelum boleh mendabik dada dengan mengatakan bahawa PPSMI telah berjaya.

Persoalannya,adakah kerana hendak menjaga maruah dan imej kerajaan yang telah mengeluarkan belanja lebih RM 5 bilion untuk program PPSMI ini maka gred graf markah lulus telah diturunkan? Apa guna ramai calon lulus seperti diumumkan tetapi jika markah lulus untuk subjek matematik dan sains yang diajar dalam bahasa Inggeris hanya sekitar 20%? Hanya meningkat segi kuantiti tetapi segi kualiti merudum jauh.

Justeru itu, Hishamuddin perlu mendedahkan data yang sebenar tanpa berselindung untuk benar-benar membuktikan kepada umum bahawa program PPSMI ini telah berjaya.

2 comments:

boyanis sos cili said...

ha ha...kembalikan semula bahasaku ...aku bukan mat salehler..aku anak melayu..aku cinta bahasaku..

Anonymous said...

umno parti penipu, melaungkan ketuanan melayu tetapi melacurkan bahasa melayu didlm subjek metametik dan sains, apakah bahasa org melayu kalau bukan bahasa malaysia,membela melayu sultan di tentang(lantikan mb di tgannu dan perlis)membela DEB isteri anak dan anak menantu serta kroni yg kenyang,membela islam murtad semakin berkembang, umno memang parti temberang dulu kini dan selamanya...