13 November 2008

AYAH PIN TELAH BERADA DI MALAYSIA -MALAYSIAKINI


Ketua kumpulan ajaran sesat, Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan berada di Terengganu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.

"Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air. Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak dekat sini.

Musa berkata bahawa tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis.Namun, katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu mengenai sebab Ariffin tidak perlu ditahan.

Persoalannya kenapa pengikut Ayah Pin boleh ditahan dan didakwa ke mahkamah tetapi ketua dan pengasasnya dilepaskan bebas tanpa sebarang tindakan? Apa muslihat terbaru kali ini? Rakyat pastinya tertanya-tanya setelah bertahun lamanya diburu tetapi dibiarkan sahaja walaupun sudah berada di depan mata.

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa ayah pin laknat ni harus dibiarkan? Dah jelas nyata dia membawa ajaran sesat yang terlalu sesat. Takkan nak tunggu sehingga dia menambahkan bilangan ahli, atau sehingga ramai orang Islam yang sesat baru nak diambil tindakan? Diharap Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dapat bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha mencegah dan menghapuskan ajaran sesat...

Anonymous said...

Hidup lagi rupanya ayah pin ni..Ingatkan dah ditelan bumi... Diharap pihak berkuasa dan jabatan Agama dapat mengambil tindakan ke atas ayah pin. Orang seperti tidak sepatutnya dibiarkan bebas...