17 November 2008

PENGERUSI SPR DAPAT RASUAH 400 EKAR TANAH?-MALAYSIAKINI


Pendedahan yang dibuat oleh ahli parlimen kuantan jika terbukti kebenarannya adalah sesuatu yang mengejutkan dan amat malang kepada sistem demokrasi di Malaysia.

Mengimbas pilihan raya ke-12 lalu, pihaknya berjaya mengesan penipuan BN yang dibuat secara licik dipercayai atas bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan pengundi lama di dalam daftar pemilih yang membantu kemenangan BN di Pahang.

Fuziah mendakwa, ekoran kejayaan cemerlang Umno Pahang atas permainan SPR, maka sebagai menghargai jasa kerajaan Umno Pahang menganugerahkan tanah seluas 400 ekar kepada pengerusi SPR yang dibuat atas nama seorang proksi.

"Kita ada bukti bergambar kaitan pengerusi SPR dengan proksinya yang mendapat anugerah daripada kerajaan Umno Pahang," ujarnya.

Menurut Fuziah, pengerusi SPR itu juga turut mendapat tanah di Selangor atas jasanya memenangkan Umno-BN Selangor dalam pilihan raya umum sebelum itu.

Kita sama-sama tunggu adakah satu siatan akan dilakukan secara telus dan adil. Memandangkan tuduhan penyelewengan ini melibatkan pengerusi Suruhanjaya yang dilantik oleh DYMM agung maka wajar sebuah badan siasatan bebas atau Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kesahihan tuduhan yang dibuat.

Sekiranya tuduhan itu tidak berasas, Fauziah Salleh wajar didakwa di mahkamah kerana membuat tuduhan yang tidak benar. Saya mencabar Tan Sri Rashid membuat laporan polis atau menyaman Fauziah jika laporan tersebut palsu. Jika tidak, Pak Lah juga kena bertanggungjawab kerana melantik kaki songlap dan rasuah mengetuai sebuah badan suruhanjaya yang menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

kalau Fuziah yang salah,Fuziah yang kena.kalau Rashid yang salah,Rashid yang kena.

tapi rasa macam tak kena pulak Pak Lah yang kena sebab yang buat perangai orang lain dan bukan Pak Lah.contoh macam dalam satu syarikat.pengarah lantik pengurus tetapi kemudian didapati pengurus tersebut pecah amanah.secara wajarnya mestilah pengurus tu yang salah dan bukan salah pengarah yang melantiknya.

Anonymous said...

Berita sebegini dah biasa kita dengar dari pihak pembangkang yang tak sudah-sudah nak menjatuhkan kerajaan. Kebenaran berita belum pasti lagi. Apapun biarlah berita disiasat dulu kebenarannya. Jangan mudah percaya dengan berita-berita yang berniat nak menjatuhkan kerajaan selagi belum disahihkan kebenarannya...

Unknown said...

ini tuduhan yang agak berat.kalau tuduhan fuziah tidak disertakan dengan bukti,Rashid boleh mengambil tindakan terhadap Fuziah.

apapun kita tunggu apa maklum balas oleh Rashid berhubung perkara ini.adakah tuduhan ini benar atau tak ?adakah kes ini dilanjutkan ke mahkamah?.sama-sama kita tunggu.