06 November 2008
RM 10.5 JUTA NILAI HAKIM YANG DIPECAT?- MALAYSIAKINI
Kerajaan hari ini mengumumkan bayaran sebanyak RM 10.5 juta telah dibayar kepada enam orang hakim kanan yang dipecat pada era Dr. Mahathir menjadi perdana menteri. Dari jumlah tersebut,turut menerima saguhati itu ialah Tun Salleh Abbas bekas Ketua Hakim Negara sebanyak RM 5 juta.Perkara ini dimaklumkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Bayaran ini walaupun ada sesetengah pihak menganggap sebagai jumlah yang besar tetapi ia sama sekali tidak mampu untuk menebus kesilapan yang telah dilakukkan oleh kerajaan. Lebih-lebih ada di kalangan mereka telah meninggal dunia.
Saya yakin, semua hakim dan ahli keluarga mereka sama sekali tidak boleh melupakan episod hitam yang berlaku kepada mereka selama ini.Mereka dipecat dan dimalukan. Maruah mereka dijaja. Kredebeliti mereka musnah sama sekali. Gara-gara tangan-tangan kotor yang mencemar kesucian institusi kehakiman di negara ini.
Apa yang berlaku menyebabkan sanjungan dan penghormatan yang diberi kepada mereka yang selama ini menabur jasa dan berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama menjaga neraca keadilan negara hilang ditelan zaman.
Walaupun ada generasi muda hari ini tidak mengetahui titik hitam yang pernah berlaku, ia tetap akan menjadi ingatan dan sebutan dalam lipatan sejarah negara. Biarlah berapa pun jumlah yang ditawarkan kepada hakim-hakim ini saya yakin maruah dan penghormatan mereka tidak dapat dikembalikan semula selagi kerajaan tidak memohon maaf untuk mengakui 'dosa-dosa' yang dilakukan kepada semua hakim-hakim ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sesiapa yang tahu psal krisis kehakiman 1988 akan faham kenapa hakim-hakim ini dibayar ex-gratia.krisis tersebut berlaku sebaik sahaja team B Ku Li yang telah kalah tipis kepada Team A mahathir dalam merebut kerusi presiden menfailkan law suit keatas Mahathir sebab tak puas hati ada unsur vote rigging dan juga pemecatan team B dari kabinet.
jadi Mahathir telah bertindak "menyerang" sistem kehakiman negara dengan mengatakan hakim-hakim telah menyalahgunakan kuasa mereka secara peribadi yang dalam masa lawsuit dikenakan keatas Mahathir.
kebetulan?

amboi suka_aman,sampai 2 kali ko post komen ek.haha.
rasanya ramai lagi yang tidak faham kenapa hakim-hakim ini diberi ex gratia.
pembangkang mengungkit kenapa perlu dibayar ex-gratia sedangkan pencen juga telah diberi.hakim-hakim tersebut diberikan ex-gratia kerana diminta berhenti awal dari yang sepatutnya semasa 1988 Malaysian constitutional crisis.
Masa peristiwa ni berlaku, Mahathir jadi PM. Beliau memang jahat tahap syaitannirrajim masa tu...
Sekarang ni pembangkang mengungkit ex gratia diberi walaupun pencen dibrikan... Mereka ni tak faham... Nak kata masa peristiwa tu berlaku mereka tak lahir lagi, tak logik pula... Dulu mereka ni katak bawah tempurung kot...
Post a Comment