17 November 2008

UMNO KENA BELAJAR ERTI DEMOKRASI DARI MIC-MALAYSIAKINI


Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, beliau bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan jawatan presiden parti Mac depan.

Beliau berkata, MIC sentiasa mengamalkan demokrasi dan mana-mana pihak atau pemimpin boleh bertanding apa juga jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

"Sesiapa pun boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan Presiden," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar penjenamaan semula MIC di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang memetik kenyataan bekas Naib Presiden, MIC Datuk M. Muthupalaniappan yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu.

Dalam hal ini saya 'tabik spring' kepada Samy Vellu dan MIC yang mengamalkan sikap terbuka dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada Mac depan kepada siapa sahaja ahli dalam parti itu tanpa memerlukan kuota pencalonan tertentu.

Berbeza dengan Umno yang mengenakan pelbagai syarat seperti kuota pencalonan untuk jawatan tertinggi dalam parti itu sehingga menyebabkan Ku Li dan lain-lain lagi terkulat dan kempunan untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Umno gara-gara gagal mendapat pencalonan yang mencukupi. Padahnya apa yang berlaku hari ini gejala rasuah, fitnah, surat layang, berpuak-puak dan tuduh menuduh semakin subur dalam demokrasi ala Umno.

1 comment:

Anonymous said...

100 orang bertanding jawatan presiden?dia benar-benak maksudkan atau tidak?

kalau betul MIC benar-benar bagus dari UMNO,kenapa ketuanya masih tetap sama walaupun bertahun-tahun?.hehehe.