13 December 2008

ADA SESIAPA NAK SEWA RUMAH RM11,527.77 SEHARI ?

Ada sesiapa yang sanggup sewa rumah semahal itu? Kalau tanya pada orang terkaya di dunia sekalipun pasti mereka akan berfikir panjang walaupun mereka tidur atas duit.

Itulah nilai yang dibayar oleh kerajaan dengan menggunakan duit rakyat untuk mahligai perdana menteri di Putrajaya.

Perkara itu didedahkan semasa sidang Dewan Rakyat pada 10 Disember lalu. Secara keseluruhannya,R6.89 juta dibayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Dalam sibuk-sibuk menyuruh rakyat berjimat,Pak Lah dan Najib seolah-olah terus memperbodohkan rakyat.Rakyat terhimpit dan menderita dengan kesan inflasi dan kegawatan ekonomi tetapi pemimpin utama negara duduk bersenang-lenang mengikis khazanah negara.

Mungkin inilah kesederhanaan dan perbelanjaan berhemah yang sering dilaungkan oleh Pak Lah. Adakah Pak Lah lupa masih ramai penduduk di negara ini yang masih tidak berumah atau rumah mereka dirobohkan seperti di Kampung Berembang dan Kampung Plentong Tengah? Mana perginya nilai kemanusiaan pemimpin negara. Tergamakkah mereka tidur dengan lena dengan duit dan air mata rakyat?

Walaupun kediaman rasmi itu dibina di era pemerintahan Dr Mahahthir, tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan mengutamakan rakyat Pak Lah dan Najib boleh membetulkan semula kepincangan dan pembaziran yang berlaku. Contohilah kepimpinan Pakatan Rakyat yang mengambil keputusan untuk tidak tinggal di kediaman rasmi kerana kos membaiki dan penyelenggaraan yang tinggi.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor misalnya mengambil keputusan menjual semua rumah exco kerajaan negeri yang bernilai jutaan ringgit kerana disifatkan membazir dan menggunakan duit rakyat.

Jika kerajaan yang ada benar-benar mengutamakan rakyat, kerajaan sepatutnya tidak tinggal dikediaman tersebut sebaliknya mungkin boleh mengambil pendekatan yang pernah dicadangkan oleh Almarhum Dato' Fadzil Nor satu ketika dulu untuk melelong kediaman berkenaan jika pembangkang berkuasa memerintah negara.

3 comments:

Hasbullah Pit said...

Saya rasa templat baru ni ada macam tak berapa kena.

Mankanan said...

Kita harus ingat, Putrajaya termasuk mahligai PM adalah kesan peninggalan Mahathir firaun tu. Beliau yang bina mahligai ni. Bila Pak Lah menyambung tugas beliau sebagai PM, secara tak langsung Pak Lah terpaksa menanggung apa yang ditinggalkan Mahathir kepada beliau.

Pak Lah terpaksa menggunakan mahligai tersebut dan terpaksa mengeluarkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Kalau Pak Lah tak keluarkan kos penyelenggaraan, maka mahligai akan jadi mahligai tinggal yang kian buruk dari hari ke hari. Kat situ dah nampak macam pembaziran pula. Takkan nak dirobohkan? Dah dibina mahal-mahal, takkan nak roboh? Gila apa?

Kita kena faham kenapa mahligai tersebut memerlukan kos yang tinggi. Selain daripada itu kena lihat juga sumber yang penulis korek isu ini dari sumber yang sah atau hanya sekadar nak merosakkan nama Pak Lah dan kerajaan... Walau bagaimanapun, saya yakin kerajaan akan membuat siasatan atas kos yang tinggi ini...

angkasanuri said...

kepada man kanan, fakta dan tulisan saya berdasarkan jawapan menteri berkenaan di dewan rakyat pada 6 disember lalu