13 December 2008

KES ALTANTUYA TERUS MENGHANTUI NAJIB


Walaupun, Razak Baginda telah bebas dari tuduhan subahat membunuh Altantuya tak bermakna Najib boleh goyang kaki senang hati.

Terkini peguam pemerhati keluarga mangsa,Karpal Singh telah mendapat arahan dari keluarga arwah Altantuya untuk membawa kembali kes Razak Baginda ke mahkamah.

Keluarga Altantuya meminta satu kajian perundangan terhadap Razak Baginda dilakukan kerana dia dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantuya.

Permintaan Karpal Singah ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu depan.

Dalam masa yang sama Dr Shaaribu Setev ayahanda kepada arwah Altantuya sedang merancang untuk menyamana $100 juta ringgit kerajaan Malaysia, Razak Baginda dan dua anggota polis yang sedang dibicarakan.

Akuan bersumpah pertma penyiasat pensendirian P. Balasubramaniam dengan jelas menyebut bahawa Altantuya merupakan buah hati Najib. Sehingga hari ini akuan itu tidak dicabar oleh Najib.

Perbicaraan kes Altantuya yang bersambung pada pertengahan Januari ini sebenarnya baru memasuku pusingan baru yang pasti akan merancakkan senario politik negara yang juga bakal menyaksikan pertarungan di antara BN dan PR di Kuala Terangganu dalam pilihanraya kecil.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat siapa yang bakal tersungkur sebelum pemilihan Umno mac depan

3 comments:

nordin said...

kalau Najib bayar 100 juta kes selesai..........
100 juta tak jadi masaalah bagi Najib kerana dia banyak "simpankan" duit rakyat

Sameon said...

Tak tahulah apa lagi yang boleh memuaskan hati keluarga Altantuya ni. Jika kes pembunuhan Altantuya ini memang tidak melibatkan Najib dan Razak Baginda, apa lagi agaknya yang boleh buat mereka puas hati dengan keputusan mahkamah? Susahlah jika keputusan mahkamah pun diragui.

maxtor said...

Politik...Semua benda pun dipolitikkan. Kompem2 je orang nak cakap orang ni terlibat, orang tu terlibat. Jangan main cakap je kalau setakat dengar dari orang. Tak pasal2 je nanti bawak dosa free..