12 December 2008

TARIK LARANGAN LAWATAN KE KELANTAN:APA MUSLIHAT ALI RUSTAM?

Tiba-tiba tanpa hujan ribut, Ali Rustam mengumumkan menarik balik 'fatwa'larangan kakitangan awam kerajaan negeri membuat lawatan ke Kelantan yang diumumkan pada tahun 2000.

Kalau Ali Rustam tak buat pengumuman menarik balik larangan ke Kelantan hari ini, rasanya tak ada seorang pun yang tahu atau ambil kisah tentang larangan tu.Malah saban tahun berduyun-duyun orang Melaka datang melawat ke Kelantan setiap tahun. Malah terdapat cawangan-cawangan Umno di Melaka yang membuat lawatan ke Kelantan untuk melihat lebih dekat keistimewaan dan melawat tempat menarik di Kelantan yang terkenal sebagai syurga membeli belah terutama kepada orang perempuan.

Apa yang pasti, larangan oleh Ali Rustam tidak sedikitpun penjejaskan sektor pelancongan dan ekonomi Kelantan. Jika kita ke Kelantan hari ini kita dapat melihat orang dari luar Kelantan sentiasa tidak putus dan berpusu-pusu di serata tempat menarik yang ada di Kelantan.

Apa muslihat Ali Rustam menarik semula larangan tu? Eloknya larangan itu berkuatkuasa untuk selama-lamanya, biar generasi akan datang tahu betapa tak cerdiknya ketua menteri mereka dulu.

Adakah ini strategi terbaru Ali Rustam untuk mendapat sokongan menjelang pemilihan jawatan timbalan presiden umno mac depan?

Akhir-akhir ini Ali Rustam dilihat begitu bersungguh-sungguh menonjolkan diri menjelang pemilihan umno Mac depan. Ali Rustam juga semakin 'kemaruk' dengan mencari publisiti walaupun mendapat kritikan dari banyak pihak.Terbaru dalam isu Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Begitu juga ketika banyak rumah di Melaka ditenggelami banjir beberapa hari lepas, Ali Rustam tidak bersama meninjau kesusahan rakyat Melaka pada hari itu tetapi begitu sibuk dan prihatin sekali melawat mangsa runtuhan di Bukit Antarabangsa pada hari yang sama. Sama ada dirancang atau kebetulan, Muhyiddin Yassin juga berada di tempat yang sama.

Berbalik kepada larangan melawat Kelantan yang 'ditarik balik' oleh Ali Rustam ia berkait rapat dengan sokongan bahagian-bahagian umno di Kelantan yang banyak memberi undi dan mencalonkan Ali Rustam dalam pemilihan mesyuarat bahagian baru-baru ini.

Jadi adalah sangat penting bagi Ali Rustam untuk mengekalkan sokongan dan menjaga hati semua perwakilan dari Kelantan agar terus memberi sokongan kepadanya pada Mac depan.

Ali Rustam kelihatan semakin terdesak untuk mendapat kepercayaan dan undi daripada perwakilan kerana menyedari peluangnya agar sukar untuk berhadapan dengan dua lagi calon timbalan presiden terutama dari Muhyiddin Yassin. Pemilihan Mac depan ibarat penentu hidup mati kerjaya politik Ali Rustam. Jadi tidak pelik Ali Rustam sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kepercayaan dari perwakilan Umno.

Saya yakin sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil Kuala Terangganu Ali Rustam akan berkampung siang dan malam di sana untuk memastikan kemenangan calon BN di sana dan kemenangan beliau sebagai timbalan presiden Umno.

2 comments:

Anonymous said...

kErana Ali Rustam nak dapat undi simpati masa PAU tahun depan oleh orang kelantan dan Undi simpati PRK P36 nanti...wa ka ka .
kepada ali rustam bollywood hey, jangan seronok sangat walaupun dapat banyak pencalonan dari kelantan kerana semua bahagian yang memilih anda sedang bergerak kearah muhyidin sekarang...yahoooooooooooooooooooooo

lintahbertulang said...

Setiap politician ada strategi masing-masing. Tu strategi beliau la tu. Tak salah beliau nak bantu kempen untuk pilihan raya kecil kat Terengganu nanti. Tak salah kalau nak membantu kemenangan BN di sana...