11 December 2008

BERTUAH SUNGGUH RAKYAT TERANGGANU


Jika tidak ada aral melintang esok atau lusa rakyat Terangganu bakal dapat duit terpijak, RM 400 juta duit royalti minyak . Banyak tu...

Bertuah sungguh rakyat Kuala Terangganu, lepas ni banyak lagi projek dan bantuan akan diumumkan. Masa ini lah kalau sakit pening, pemimpin kerajaan akan ambil berat. Berkain batik dan berkain pelikat panjat tangga rumah penduduk bertanya khabar.

Kalau ada majlis kenduri kendara di Kuala Terangganu bakal gegak gempitalah dengan siren polis trafik mengirigi sang menteri yang prihatin yang kononnya ambil berat masalah rakyat.

Kalau ada jamban yang roboh, jambatan yang patah dan jalan yang berlopak masa inilah saat terbaik untuk dapat digantikan dengan yang baru, jalan tar berlapis-lapis dan jambatan konkrit.

Kalau ada yang tak cukup duit untuk anak sekolah atau tak ada belanja dapur masa inilah mereka bakal mendapat perhatian dan bantuan mencurah-curah.

Minta apa sahaja semua pasti dapat. Tak macam orang Melaka, banjir dah acap kali tapi kata orang Kedah, Pi mai tang tu juga...Setiap kali hujan lebat ditenggelami air.selain itu masih ada rumah di Melaka yang tak ada elektrik dan bekalan air bersih.

Semalam sambil duduk berbincang di Surau sambil menunggu waktu Isyak tentang nasib penduduk yang menggunakan surau taman yang lecak setiap kali hujan kerana tidak berturap, ada seorang penduduk beritahu kalau nak cepat dapat peruntukan surau kita kena pakat-pakat doa supaya wakil rakyat kita mati cepat..Emmm...logik juga tu...Mungkin lepas ini surau kami boleh buat solat hajat supaya wakil rakyat yang ada mati cepat...Wallahualam

5 comments:

. said...

kalau begitu, jom kita pindah ke terengganu!

:)

Anonymous said...

best giler jadi rakyat terengganu.

Anonymous said...

wow!banyaknya yang kerajaan Terengganu dapat.dah dapat duit tu jangan lupa pulak untuk bayar hutang kepada kerajaan pusat dan juga membantu menaikkan lagi taraf ekonomi dan sosial di Terengganu.

Unknown said...

aku rasa PRK di KT nanti taklah sehangat di Permatang Pauh.sebab di Permatang Pauh ada "star" iaitu Anwar Ibrahim.kat KT pulak tiada calon yang menonjol.

kita selalu tgk UMNO dituduh main politik wang la rasuah.tapi pelik juga sebab disebelah PR tak berbunyi benda ni.mungkin sebab dah di"cover" baik punya ke sampai susah nak dikesan?.aku tak percaya yang PR ni suci murni sangat.mesti ada yang "nakal" jugak.cuma tak dihebahkan sangat je.

owh.tentang royalti minyak pulak,memang rakyat Terengganu berhak dengan duit tu.orang lain tak payah nak bising-bising.sebelum ni pun MB Terengganu ada bersuara pasal royalti minyak.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

ORANG KELANTAN PUN DEK LAGI DERITA. BANJIR DLL TERMASUK SAKIT JIWA DAN DENDAN KESUMAT KAT UMNO.

YG TOLONG DAN BANTU RAKYAT HANYA UMNO TAPI ORANG KELANTAN MAU PAS JUGA SEBAB PROPAGANDA ISLAMNYA. NIK AZIZ SELALU TERIMA KASIH KAT PAK LAH...TAPI BELAKANG PAK LAH MEREKA BELAH KEPALA PAK LAH DENGAN UMPATAN DAN FITNAH.

KESIAN ORG KELANTAN SAKIT JIWA PHD.TERENGGANU PUN ADA PENYAKIT TU JUGAK...PERANGAI HASAD DENGKI. TAPI ORG TRG RASIONAL SIKIT SEBAB HJ HADI SUKA REVOLUSI IRAN TAPI NIK AZIZ LAKSANA TAICHI...MACAM TERESA KOK DAN LIM GUAN ENG...MAKAN DALAM BAIK!