10 December 2008

LAYANAN 5 BINTANG UNTUK MANGSA DI BUKIT ANTARABANGSA?


Saban tahun, pelbagai bencana melanda negara. Di antara bencana dasyat ialah seperti Ribut Greg di Sabah, banjir lumpur di Pos Dipang Perak, Tsunami di negeri utara dan banjir yang berlaku tanpa mengira musim.

Pengalaman menjadi mangsa banjir penghujung tahun 2006, saya ditempatkan di sebuah sekolah dengan kemudahan ala kadar. Sehelai selimut, tikar plastik dan makanan dari menu nasi dan gulai kawah. Walau bagaimanapun, saya bersyukur dengan kemudahan yang disediakan.

Layanan yang hampir sama dinikmati oleh semua mangsa tragedi dan bencana lain dari seluruh negara.

Walau bagaimanapun, hari ini sejarah telah tercipta di negara ini. Mangsa tragedi ditempatkan di hotel! Sungguh pemurah kerajaan kali ini. Setiap kos penginapan dan makanan ditanggung oleh kerajaan! Apa istimewanya mereka dengan layanan sebegitu rupa? Adakah mereka ini datang dari kasta tinggi atau berdarah raja?

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis selangor kepada pemberita hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menjelaskan hanya mangsa dari 14 banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Sabtu lalu, yang layak mendapat penginapan di hotel.

Beliau berkata kerajaan hanya akan menanggung kos penginapan di hotel bagi mangsa yang berkenaan dan bukan untuk penghuni yang diarahkan supaya mengosongkan rumah mereka.

“Mangsa yang tinggal sehelai sepinggang saja yang akan ditanggung kerajaan. Mangsa yang terbabit diminta mendaftar di pusat operasi Yang Dipertua MPAJ di lokasi kejadian,”


Ketika layanan '5 bintang' untuk mangsa di Bukit Antarabangsa, ramai lagi mangsa banjir di pusat pemindahan sementara yang terpaksa bertarung dengan nyamuk dan melawan kesejukan malam dengan tidur beralaskan tikar dan sehelai selimut. Anak-anak dan golongan tua tidak ada pilihan selain menahan kesejukan malam.

Kenapa kerajaan tidak memberi layanan sama seperti keistimewaan pada mangsa di Bukit Antarabangsa? Malah, kos sehari untuk seorang mangsa banjir adalah lebih rendah daripada kos menanggung seorang banduan di penjara!( Mangsa banjir diperuntukkan kos RM 8 sehari manakala banduan RM 12 sehari).

Apa yang dilakukan oleh kerajaan dan sikap sombong dan ego yang ditunjukkan oleh beberapa mangsa di Bukit Antarabangsa kian menghakis simpati dan menimbulkan kebencian kepada mangsa tragedi. Kita yakin, ramai di kalangan mereka memiliki rumah lain atau cukup kemampuan untuk membeli rumah lain dengan harta yang mereka miliki.

Tetapi bagi rakyat biasa, itulah rumah mereka yang pertama dan terakhir. Itupun terpaksa bergolok bergadai menanggung pelbagai hutang untuk sebuah kehidupan yang ala kadar dan sederhana.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan sikap kerajaan yang hipokrit dalam membantu rakyat yang ditimpa bencana di negara ini. Layanan '5 bintang' untuk golongan atasan tetapi bagi rakyat biasa tidur beratapkan bintang.Ingatlah apa yang dilakukan pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak kerana tidak berlaku adil kepada rakyat. Bagi penduduk di Bukit Antarabangsa, bencana yang melanda sepatutnya lebih menginsafkan anda tentang kesusahan dan penderitaan rakyat biasa. Segala apa yang anda miliki hanyalah pinjaman dari Allah, dalam sekelip mata Allah boleh ambil semula segala-galanya.

7 comments:

ustazSAID said...

Untung jd pduduk Bkt A/Bangsa...napa la aku x jd pduduk situ...untungkan!

Anonymous said...

Bkt Antarabangsa tu kan tempat org kaya kaya.. Mana blh duk kat pusat pemindahan biasa. Standard jatuh beb..

Tgk la masa salah sorang penduduk tu bising2 kat Azmin Ali di siar dlm TV3, bini dia angkat kotak pun jadi isu, kata org tak mau tolong.

Samad said...

Saya ni pro kerajaan tapi dalam isu layanan 5 bintang kepada penduduk 'sehelai sepinggang' Bkt Antarabangsa, saya tak setuju. Apa bezanya penduduk ini dengan mangsa kejadian alam yang lain seperti mangsa banjir dan ribut yang biasanya mereka adalah orang miskin yang benar-benar 'sehelai sepinggang'? Tidak sepatutnya, layanan double standard seperti ini berlaku. Pangkat atau kedudukan mereka bukanlah faktor yang membezakan layanan yang diberi.

lintahbertulang said...

Hebat sangatkah penduduk Bkt Antarabangsa sehingga diberi layanan istimewa?...Dapat menginap di hotel?...Kenapa tak diberi penempatan sementara seperti dewan orang ramai atau sekolah saja, sama seperti mangsa banjir atau bencana alam yang lain?...

suka_aman said...

salam.

ramai yang tak bersetuju dengan cadangan Muhyiddin.saya juga tidak bersetuju.kenapa perlu ada "double-standard"?.orang lain pun bayar cukai dan berbakti juga pada negara dan bukan hanya mereka di BA.Muhyiddin patut fikir dulu sebelum membuat kenyataan.

youth attack said...

buat baik berpada-pada.itu lah pesan saya.nak buat baik pun kita kena jaga perasaan orang lain juga.

Anonymous said...

Salam sejahtera semua dan bersyukur ke hadrat ALLAH kita masih lagi berada dimuka bumi ini.
Disini saya ingin meluahkan rasa geram,kecewa dan sedih dengan sikap dan tatakelakuan manusia yang kononnya berada dipuncak tinggi dari segi status,pangkat dan harta benda.Musibah dan alamat yang diberikan ALLAH tidak diendahkan,masih lagi dengan sikap takbur,ego dan taksub kepada dunia.Makanan yang disediakan dibuang dengan sewenang-wenangnya,pertolongan yang diberikan seikhlasnya dicemuh dan tidak dihargai.Tidak mahu duduk di tempat yang disediakan,mahu duduk di hotel mewah.Sedarlah wahai manusia musibah yang menimpa diri anda semua itu sebagai tanda untuk anda semua melutut dan memohon keampunan dari ALLAH.Runtuh dan ranap kediaman anda begitulah ranap jiwa dan keimanan anda semua.Sedarlah anda semua hanya HAMBA ALLAH.