09 December 2008

OPERASI SAR BUKIT ANTARABANGSA JADI OPERASI LAWAK ANTARABANGSA

Dalam Berita TV 9 sebentar tadi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa satu lagi 'mayat' telah dijumpai. 'Mayat' itu adalah hasil usaha SAR yang dijalankan selama 24 jam sejak petang semalam.

Rupa-rupanya yang ditemui bukan mayat tetapi bangkai anjing yang telah mati tetimbus.. Ini merupakan insiden yang kedua sebelum ini pasukan SAR yang terdiri daripada SMART, Polis ,tentera, Bomba dan Rela hanya menjumpai ketulan daging dalam peti ais dalam runtuhan bangunan semasa operasi menggali dan menyelamat dilakukan.

Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Sama ada anjing pengesan yang tidak dapat beza antara daging manusia atau binatang atau jurulatihnya yang tidak cukup latihan. Adakah peralatan yang digunakan dalam SAR di Bukit Antarabangsa telah ketinggalan zaman?

Operasi yang pada awalnya dihentikan disambung semula tanpa henti-henti tetapi hasilnya hanyalah bangkai anjing. Bayangkan keletihan dan perasaan mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat berdasarkan maklumat yang tidak tepat dengan apa yang ditemui.

Saranan Muhyiddin Yassin supaya mangsa bencana di Bukit Antarabangsa ditempatkan di hotel atau tempat yang lebih sesuai berbanding temapat perlindungan sementara di sekolah Kebangsaan Hulu Kelang juga merupakan lawak terbaru abad ini.

Apa istimewa mereka yang terlibat dengan bencana ini sehingga hendak diberi layanan sebegitu rupa? Adakah mereka sangat istimewa datang dari kasta yang tinggi darjatnya? Dalam masa yang sama mangsa banjir yang terdiri dari rakyat biasa dan orang kampung terpaksa bersesak-sesak dengan kemudahan ala kadar di pusat pemindahan banjir yang disediakan.

Jika kerajaan hendak tempatkan mangsa di hotel atau tempat yang bertaraf 'berbintang-bintang' tidak mengapa dengan syarat semua mangsa banjir juga mesti mendapat layanan sama rata. Ingat mereka juga rakyat dan warganegara ini!

3 comments:

razali hakim said...

tentang jumpa bangkai anjing tu,tak bolehlah salahkan pasukan penyelamat.mereka hanya menjalankan tugas.sekurang-kurang mereka dah berusaha.hargailah jasa mereka yang menggadai nyawa berada di tempat yang mungkin bila-bila masa saja boleh runtuh lagi.

tapi tentang mangsa di Bukit Antarabangsa diberi hotel sebagai tempat menginap sementara rasanya tak perlu.elakkanlah dari berlaku double-standard semata-mata kerana mangsa-mangsa di Bukit Antarabangsa terdiri dari orang-orang yang berduit.Muhyiddin sepatutnya fikir juga tentang perasaan mangsa-mangsa bencana alam di tempat lain.

paloi bin mulau said...

razali,

nak buat mcm mana gak. muhyidin bakal tpm jadi dia kena la tunjukkan kebijaksanaan dia.

razali hakim said...

paloi,
bijaksana apa kebendanya.tak bijaksana langsung buah fikiran dia tu.sebelum bercakap patut dia fikir gak perasaan penduduk Malaysia yang lain yang turut membayar cukai setiap tahun.nak jadi popular sekalipun tak perlulah nak beri cadangan yang bangang.