17 December 2008

HARGA MINYAK DI INDONESIA LEBIH MURAH BERBANDING MALAYSIA


Seringkali sebelum ini apabila kerajaan BN menaikkan harga minyak dan barang keperluan kerajaan akan bandingkan dengan negara jiran bertujuan untuk 'menghalalkan' tindakan mereka. Ini seolah-olah memberi gambaran harga di Malaysia masih murah berbanding dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

Maka akan lahirlah ungkapan pengampu dalam umno supaya rakyat di negara ini supaya berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang berlaku dalam negara masih jauh lebih baik berbanding dengan nasib di negara jiran.

Kerajaan BN lupa, sewaktu mereka mendabik dada dengan kononnya menjaga kepentingan rakyat, harga minyak di negara mundur seperti Indonesia hari ini lebih murah berbanding Malaysia yang mengaku sebagai negara maju dari serba serbi.

Hari ini di Indonesia harga premium petrol Rp 5000 ( RM 1.60 ) dan harga diesel Rp 4800(RM1.53) seliter! Berbanding Malaysia RM 1.80 dan RM 1.70 untuk harga petrol dan diesel.

Rakyat Malaysia hari ini telah ditipu hidup-hidup oleh BN yang kononnya tradisi membela dan menjaga kebajikan rakyat. Harga minyak di pam sekarang mengikut pasaran dunia ialah RM 1.60! Bermakna hari ini rakyat telah beri subsidi kepada kerajaan BN sebanyak RM 0.20 sen.Harga minyak murah bukan sebab usaha BN, tetapi harga minyak dunia yang rendah sekarang. Orang Umno khususnya kena sedar perkara ini dan kena belajar sedikit bab ekonomi jangan asyik sibuk dengan rasuah dan politik wang je...

4 comments:

Atuk Banjar Masin said...

ape ke salah nye derma 20sen tu kat kerajaan.
yg kerajaan dah bagi lebih dari itu.

- rebait cukai jalan, kat negara lain mana ada mcm tu.

Unknown said...

yang kerajaan dah bagi kita rebat dan subsidi tak kira la plak?.kalau kata harga minyak Indonesia lebih murah dari Malaysia,orang Indonesia pulak akan kata ada negara lain yang lebih murah dari di Indonesia.jangan terlampau nak sangat hidup selesa sampai nak mengada-ngada.

Unknown said...

ok lah tu harga minyak sekarang ni.Anwar pun bgtau dia cuma boleh turunkan 50 sen je.sekarang dah turun lebih dari 50 sen.senyap terus dia.hahaha.

Unknown said...

Bilalah agaknya rakyat negara ni khususnya pembangkang belajar jadi orang yang bersyukur? Harga minyak dah turun banyak dah ni, masih tak puas hati! Mulalah nak banding dengan negara lain. Negara lain macam Indonesia, kerajaannya tak bagi rebet minyak macam negara kita bagi. Jangan hanya nampak yang negatif je. Cuba fikir secara positif...