01 December 2008

ISU KETUANAN MELAYU AKAN JADI SENJATA MAKAN TUAN


Gegak gempita sekali isu ketuanan Melayu dicanang oleh pemimpin Umno sehari dua ini. Mereka cuba memanipulasi kenyataan pelakon handalan terkenal dari MCA, Chua Soi Lek. Chua Soi Lek sebenarnya cuba memulihkan imejnya yang merudum gara-gara lakonannya di Hotel Katerina Batu Pahat yang mendapat sambutan di luar dugaan.

Umno pula yang agak kebingungan dengan isu rasuah dan pergaduhan sesama sendiri dalam pemilihan baru-baru ini seperti hilang arah untuk kembali mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat.

Umno dan MCA yang dikepalai oleh Chua Soi Lek berada dalam keadaan terdesak untuk memulihkan reputasi masing-masing. Jadi isu ketuanan Melayu dilihat memberi 'bonus' kepada kedua-dua pihak untuk muncul sebagai juara dan pejuang bagi kaum masing-masing.

Sehingga hari ini, isu ketuanan Melayu yang digembar-gemburkan tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Orang Melayu bersikap dingin terhadap isu yang cuba dimainkan. Mereka menyedari isu ini isu basi yang menjadi mainan politik Umno dan MCA. Rakyat tidak termakan dengan wayang kulit Umno dan MCA. Apa yang dibuat oleh Umno serba-serbi tak menjadi. Umno semakin pening dan terdesak untuk kembali mendapat kepercayaan rakyat setelah diberi pengajaran dengan tewas begitu teruk dalam pilihanraya lalu.

Isu ini dijangka akan digunakan habis-habisan dalam pilihanraya kecil Kuala Terangganu akan datang. Tapi kita yakin orang Melayu di Terangganu tidak sebodoh pemimpin Melayu dalam Umno. Mencium keris dan mengasah keris hanyalah simbolik bahawa lebih banyak harta khazanah negara bakal dikikis oleh pemimpin Umno dengan keris yang dijulang.

Orang Melayu di negara ini sedar siapa yang sebenarnya yang menjadi pengkhianat Melayu selama ini. Mereka sedar siapa yang menggadai tanah milik Melayu di negara ini seperti yang berlaku di Johor khususnya melalui Wilayah Pembangunan Iskandar.

Siapa yang mengkhianati Melayu bila menafikan bahasa Melayu dalam pengajaran matematik dan sains? Malah siapa yang mengkhinati Melayu apabila memansuhkan biasiswa kepada anak-anak Melayu di Universiti? Siapa yang menyebabkan orang Melayu gagal dan ketinggalan bila sistem meritokrasi diperkenalkan? Siapa yang menyebabkan univesiti yang menjadi tempat anak Melayu dan kebanggaan Melayu diswastakan? siapa yang menjual kuota Melayu sebanyak 10% di matrikulasi? Bulan lalu, mereka yang kononnya menjadi pejuang ketuanan Melayu bersikap lunak apabila bersetuju agar target 30% ekuiti bumiputera dalam DEB dikaji semula.

Semua ini menjadi bukti bahawa Umno tidak layak bercakap tentang ketuanan Melayu. Sudah terang lagi bersuluh bahawa merekalah sebenarnya yang menjadi penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa sendiri. Isu ketuanan Melayu akan menjadi senjata makan tuan yang bakal merobek dan mencincang lumat Umno agar satu hari nanti hanya wujud dalam lipatan sejarah negara. Bukan sebagai pejuang dan pembela bangsa tetapi pembawa bencana dan musibah pada generasi akan datang.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau dah nama pun pembangkang sudah semestinyalah nak membangkang tak habis-habis. Selalunya pembangkang akan cakap hanya ikut perasaan kebencian yang mendalam tanpa menggunakan akal dan fakta yang tepat. Semua main hentam je. Janji dapat burukkan kerajaan. Jangan cakap UMNO mainkan isu ketuanan Melayu. Cuba kita lihat siapa yang mula mempertikaikan isu ketuanan Melayu kalau bukan pembangkang?

Anonymous said...

"At the PKR Congress recently, the leaders of PKR says that they want to restore the Immunity of the Royal Family. I think it has got something to do with winning the heart and mines of the Royal Family in pursuit of power and position. It has nothing to do on what is the best interest of the people. Politicians on both sides of the fence always say something that is popular at an appropriate time. This is their greatest survival skill. I shall not dwell too much into this issue since I have done so in my previous article.

Anwar also mentions that he wants to bring back BM as the medium of instruction in the teaching of Maths/Science. Again he is talking about something that is politically popular but not necessary right for the nation. For a lot things said and done by Anwar, I think this is the probably the worst thing that he has ever said in the recent times. Anwar must start talking about what is right for Malaysia and not what is correct to win votes all the time."

-diambil dari sini.

Anonymous said...

Isu ni dah basi, dah tak guna lagi nak dibangkitkan. Lagi bagus masing2 buat kerja masing2 berkhidmat untuk rakyat, bukan dengan perjuangan mulut je. Dari hasil kerja tu lah dapat menilai seseorang tu. Kalau setakat bercakap baik tak payah.