04 December 2008

KUALA TERANGGANU BAKAL MEDAN KEMPEN PEMILIHAN UMNO

Pilihanraya kecil P36 Kuala Terangganu bakal menyaksikan semua jentera dari parti yang bertanding akan bertumpu ke sana.

Pakatan Rakyat terutamanya Pas sudah pasti akan menggerakkan semua ahli dan pimpinan untuk melakukan yang terbaik untuk merampas semula kerusi parlimen berkenaan yang tewas dengan majoriti kecil dalam PRU lalu.

Seperti yang lepas-lepas kehadiran petugas dan jentera Pas di semua peringkat dari seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak adalah dengan menggunakan duit poket sendiri.Tidak ada sebarang ganjaran dan habuan atau upah dijanjikan kepada semua petugas Pas. Mereka datang secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak. Inilah formula dan rahsia Pas dalam mentarbiyyah semua ahli dan penyokongnya.

Berbeza dengan Umno, kehadiran jentera mereka bakal ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Bukan sekadar ditampung semua perbelanjaan tetapi turut diberi elaun sepanjang masa bertugas.

Apa yang lebih menarik, pilihanraya P36 ini bukan sahaja pertembungan di antara PAS dan Umno yang mewakili BN tetapi juga medan untuk semua calon yang layak bertanding dalam pemilihan Umno Mac depan untuk melakukan kempen secara agresif.

Wang ringgit bukan sahaja bakal berterbangan untuk meraih undi pengundi Kuala Terangganu tetapi jumlah yang dijangka berkali ganda lebih besar bakal ditabur untuk berkempen dan mendapat 'aku janji' dari perwakilan bahagian-bahagian Umno yang akan berkampung di Kuala Terangganu.Mereka yang bertanding dalam Umno Mac depan pasti tidak akan melepaskan peluang menghantar juru kempen dan perayu mereka dalam pilihanraya kecil ini nanti.

Dijangka semua ini akan memberi kelebihan kepada Pas untuk merampas semual kerusi parlimen ini dari BN. Peluang Pas dilihat lebih cerah memandangkan Umno kini berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat pemusuhan dan perpecahan daripada peringkat tertinggi hingga ke akar umbi. Malah Pilihanraya kecil ini bakal dijadikan medan penyokong dan pengikut Idris Jusoh dan Ahmad Said untuk melunaskan dendam masing-masing.

2 comments:

torexxx said...

betul ke PAS takde keluar duit langsung untuk petugas mereka?habis tu bagaimana mereka nak makan dan isi minyak sepanjang kempen tu?.tak salah nak kasi ddan terima upah sebab bekerja untuk parti.hargailah jasa pekerja parti yang bertungkus lumus kesana sini semasa pilihanraya.

UMNO nampak mcm bermasalah tp belum tentu lagi mereka akan kalah.masing-masing ada peluang kalau kita lihat pada kelebihan dan kekurangan kedua-dua belah pihak.

jeremy adnan said...

mana penyokong PR akan katalah yang PR akan menang pd prk nanti.penyokong BN pula akan optimistik juga untuk kata BN lah yang bakal menang.sebenarnya dua-dua ada peluang nak menang.

K.T dah ada pengalaman ditadbir PAS dan UMNO.jadi dua-dua penduduk sana dah merasa.cuma kita nak tahu adakah mereka masih selesa lagi dengan UMNO ataupun mahukan orang baru untuk jaga mereka.