14 December 2008

LAGI TENTANG 'DOUBLE STANDARD' PEMIMPIN UMNO PADA MANGSA BUKIT ANTARABANGSA

Dah naik meluat bila melihat sikap dan layanan pemimpin Umno terhadap mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Apa yang ingin mereka gambar dan tonjolkan seolah-olah mereka begitu mengambil berat dan prihatin dengan masalah rakyat.

Baguslah jika benar begitu. Tetapi apa yang dizahirkan menunjukkan siapa sebenarnya pemimpin Umno adakah mereka benar-benar membela rakyat atau sebaliknya?

Sebelum ini, Muhyiddin Yassin mencadangkan mangsa tanah runtuh ditempatkan di hotel yang biayanya ditanggung oleh kerajaan.Terbaru, Khir Toyo menyelar kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana tidak membayar sebarang pampasan kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Tindakan yang saya anggap tepat dan adil.

Saya nak bertanya kepada Khir Toyo, berapa pampasan yang kerjaan Selangor bayar semasa pentadbiran beliau sebagai menteri besar kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda? Berapa pampasan yang kerajaan negeri Selangor di bawah beliau bayar kepada rakyat bawahan khususnya golongan setinggan yang diroboh dan dihalau dari kediaman mereka yang telah diteroka puluhan tahun lamanya?

Apakah Khir Toyo lupa dan buta melihat ada anak-anak kecil yang kesejukan apabila rumah mereka di Kampung Berembang dirobohkan secara zalim dan rakus oleh kerajaan pimpinan beliau dulu? Malah lebih menyedihkan, rumah mereka dirobohkan pada saat mereka bakal menyambut Hari Raya lalu. Terdapat juga anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan yang turut menjadi mangsa kerakusan dan tindakan tidak berperikemanusiaan kerajaan Khir Toyo.

Apa istimewanya mangsa di Bukit Antarabangsa dengan mangsa tragedi dan bencana lain? Mereka juga rakyat yang wajar mendapat perhatian dan keadilan dari kerajaan negeri.

Khir Toyo seolah-olah tidak belajar dari kekalahan Umno dan BN dalam pilihanraya lalu. Kepada Khir Toyo sebelum bercakap tentang nasib rakyat, cermin-cerminlah diri anda dahulu.Inikah bakal calon Ketua Pemuda Umno?

5 comments:

. said...

Salam. Berhubung dengan isu banjir yang saudara sebutkan, sekiranya tidak salah saya kerajaan negeri selangor sewaktu dipimpin oleh dato' seri dr mohamad khir toyo telah memperuntukkan sejumlah wang yang cukup besar utk projek tebatan banjir. Sekiranya kita mengikuti perkembangan di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, hari ini sudah tidak ada lagi banjir tersebut selepas usaha berterusan kerajaan negeri itu.

Anonymous said...

nobisha,
terima kasih diatas info yang diberi.buat pemilik blog ini,harus transparen dan tidak hanya menyiarkan half-truth.mempersoalkan tentang khir semasa banjir walaupun pada hakikatnya memang ada tindakan yang dilakukan dan kesannya tiada lagi banjir di TTDI sperti yang dikatakan oleh Nobisha.

kita terpaksa akui yang UMNO dan PKR kedua-duanya mengambil kesempatan dalam isu Bkt Antarabangsa.jadi takpayah lah nak menuduh antara satu sama lain.yang penting saya lihat disini ialah UMNO dan PKR telah berjaya menolong mangsa dengan apa yang terdaya.

Unknown said...

salam.

kedudukan Bkt. Antarabangsa dan kawasan sekitarnya samada masih selamat atau tidak untuk diduduki hanya akan diketahui jumaat nanti.

daripada itu juga MB Selangor akan mengumumkan juga penyelasain buat mangsa-mangsa yang terjejas dengan tragedi tersebut bergantung kepada keputusan keselamatan jumaat ini.

lawati www.savebukitantarabangsa.com. untuk memberi pendapat,feedback,kritikan dan laporan terkini.

Anonymous said...

Sikap penulis blog yang berat sebelah seperti ini memang tak patut. Jika benar beliau penulis dan penganalisa yang bagus, penulis tidak sepatutnya menuduh kerajaan negeri sebelum ini tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Penulis seolah-olah menulis bahawa kerajaan negeri sebelum ini langsung tidak mempedulikan rakyat Selangor langsung. Saya bukanlah pro Khir Toyo. Ada juga tindakan beliau yang saya tak suka tapi sebagai seorang yang mementingkan keseimbangan, tindakan penulis dianggap sebagai keterlaluan...

angkasanuri said...

Mungkin semua di atas tidak membaca artikel ini dengan teliti.apa yang saya maksudkan ialah pemberian pampasan kepada mangsa dan bukannya langkah mengatasi bencana!