03 December 2008

NAJIB AKAN KEMPUNAN JADI PM?


Mantan Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir menyifatkan Najib tidak semestinya akan menjadi Perdana Menteri walaupun akan mengambil alih jawatan presiden Umno pada Mac depan.

Menurut Dr. Mahathir, ini bukan sesuatu yang mustahil akan berlaku. Perkembangan ini dijangka sesuatu yang menarik kerana belum pernah presiden Umno tidak menjadi PM.Walaupun ia adalah biasa kepada Pembangkang atau Pakatan Rakyat iaitu presiden parti tidak mengetuai pentadbiran kerajaan.Misalnya, Dato' Seri Anwar dan Lim Kit Siang tidak menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri walaupun menjadi teraju utama parti masing-masing.

Menurut Dr. Mahathir bahawa terdapat tanda-tanda bahawa Pak lah masih berminat mengekalkan jawatan PM yang disandangnya sekarang kerana mendapat sokongan kuat daripada orang yang rapat disekelilingnya yang selama ini mendapat faedah daripada pelantikan Pak Lah.

Bagi saya ada logiknya juga sebab Pak Lah hanya bersetuju menyerahkan kuasa sebagai presiden Umno sahaja tetapi tidak pernah menyebut untuk menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Hanya Najib sahaja yang sekarang ini yang sedang berangan-angan menduduki kerusi PM selepas Mac nanti.

Jika ini berlaku, Najib pasti akan menerima aib dengan permainan dan strategi politik Pak Lah. Malah hanya DYMM Dipertuan Agong sahaja yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa PM di Malaysia. Adakah Najib berani dan terdesak untuk mengadap Agong jika Pak Lah enggan menyerahkan jawatan PM kepada beliau?

Kita bakal melihat percaturan politik yang bijak yang akan dilakukan oleh Pak Lah. Mungkin inilah masanya yang akan digunakan oleh Pak Lah untuk memalukan dan membalas dendam kepada Najib yang dilihat agak gelojoh dan mengkhianati kepercayaan Pak Lah kepadanya selama ini.

Pak Lah juga mungkin mempunyai opsyen atau alasan yang lain tidak menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Perbicaraan kes Altantuya akan bersambung pada pertengahan Januari depan. Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku dalam perbicaraan yang kini masuk dalam prosiding membela diri. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Untuk menyelamatkan diri dari tali gantung, kedua-dua tertuduh akan melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri.Mungkin pada ketika itu, mereka akan mendedahkan siapa perancang atau dalang sebenar di sebalik pembunuhan itu. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Najib dan isterinya dikaitkan dengan kes pembunuhan itu.

7 comments:

. said...

saya tertarik dengan pandangan saudara yang kritikal, untuk itu saya telah memasukkan blog saudara dalam blogroll saya. selamat menziarahi blog saya htp://nobisha.blogspot.com

Anonymous said...

AlNajib memang dari awal tidak layak menjadi PM DISEBABKAN dia dari UM-NO sebuah parti yang penuh 10000 macam rasuah ditambahkan lagi kes Miss Mongolia, Kapal Selam, Helikopter,Bom C4 dll.Apa akan jadi sekiranya Malaysia diperintah oleh seorang penjenayah?

Anonymous said...

Tiada yang mustahil dalalm politik. Apa-apa pun boleh jadi. Mungkin Pak Lah ada rancangan sendiri yang tidak kita pasti. Kalau ikut logik, betul juga sebab Pak Lah hanya menyerahkan jawatan Presiden UMNO bukannya PM...Tapi tak tahulah...Ini hanya spekulasi...

Anonymous said...

Agak susah sebenarnya untuk menerima Najib sebagai 'The Next PM'. Bukan apa, dia ni terlalu banyak sangat di 'link' dengan berita-berita panas.
Dah la dia tak offer apa-apa explaination, asyik dok' diam je. Makin la orang nak buat spekulasi.
Dan bagi Tun pula, this is the perfect timing to inject 'venom' into people's mind about Pak Lah's konon-secret agenda.

Anonymous said...

Tak tahu lah nak cakap apa. Adakah Najib sudah betul2 bersedia dengan tanggungjawab besar ini?

Anonymous said...

Najib ni pun macam artis. Banyak sangat kisah panas beliau. Memang sebenarnya beliau agak sukar untuk melangkah ke puncak jawatan tertinggi negara. Tapi dalam politik, macam-macam boleh jadi. Kadang-kadang benda yang tak disangka-sangka boleh jadi...Tengok jelah nanti...

Anonymous said...

Apa pun ini hanya spekulasi, kita tak boleh jugak nak buat andaian awal. Tetapi dalam politik memang tidak dapat dijangka semuanya, kita lihat nanti apa yang akan terjadi.