31 December 2008
ORANG PAS SOKONG HUDUD?UMNO TOLAK HUDUD?DAP TENTANG HUDUD?
Tajuk yang cukup hangat masa kini. Apabila saya membaca media dari pro atau milik BN dan Umno serta media alternatif sama ada versi cetak, online dan digital itulah isu yang diperkatakan.
Isu ini isu lama. Masa saya sekolah rendah lagi walaupun ketika itu masih buta politik isu ini telah berkumandang. Isu yang dilabelkan sebagai "Amanat Hj. Hadi", Peristiwa Memali dan Peristiwa Lubuk Merbau semua sebenarnya menjurus pada isu dan persoalan yang sama.
Apa pasal isu hudud ini secara tiba-tiba dimainkan semula? Adakah isu ini bermula kerana ada pihak yang mendakwa disebabkan 'keceluparan' pemimpin Pas seperti Dato' Husam Musa atau kegarangan Karpal Singh dari DAP yang mengugut agar 'langkah mayatnya terlebih dahulu' kalau nak laksana hudud di Malaysia?
Isu ini pastinya akan ligat diputarkan semasa pilihanraya kecil Kuala Terangganu nanti. Berbalik pada soalan kenapa isu hudud ini ditimbulkan semula? Jawapannya mudah sahaja hanya mereka yang kurang senang dan tidak bersetuju dengan hudud sahaja yang terdesak untuk membangkitkan isu ini?
Sebelum ini ada pihak tertentu yang cuba lagakan orang Melayu dan cina dengan isu perkauman(siapa yang mulakan...sendiri mahu ingat!) tetapi isu ini gagal untuk mewujudkkan ketegangan kaum. Orang sekarang dah cerdik,hari ini bukan lagi zaman mesin taip dan zaman guna enjin sangkut! Mereka fikir isu seperti 13 Mei, isu kampung Rawa serta operasi lalang 1987 dapat disemarakan sekali lagi pada hari ini. Ternyata telahan dan teori mereka meleset...
Jadi isu hudud dicetuskan semula, isu hudud ini akan berjaya? sama-samalah kita tunggu. Tetapi saya cukup yakin pemimpin politik dan rakyat hari ini cukup matang dan cerdik berpolitik. Mereka dapat beza yang mana kaca dan yang mana permata.
Berbalik pada tajuk...PAS SOKONG HUDUD, UMNO TOLAK HUDUD DAN DAP TENTANG HUDUD...apa pasal yang payah sangat nak faham atau buat-buat tak faham? Baca aje lah buku pelembagaan parti masingt-masing! Buat perbandingan.
Tak faham juga, bacalah buku tulisan ulama tersohor, kalau takut bias baca buku ulama Pas atau ulama Umno bacalah buku karangan seperti Dr Yusof Qardhawi, Abu Ala Al Maududi, Ustaz Said Hawa dan sebagainya. Sama ada orang Pas sokong hudud, Umno tolak hudud dan Dap tentang hudud bacalah ulasan ulama berkenaan.
Cuma sebagai ringkasannya kepada mereka yang tak faham atau buat-buat tak faham tentang isu hudud dan kaitan dengan persoalan akidah. Islam atau lebih jelas lagi aqidah seseorang boleh kekal dan gugur melalui tiga cara:
1.PERBUATAN
2.UCAPAN
3.NIAT
Tak faham lagi? Ok mudahnya...betul ada orang Umno yang tidak pernah sebut dia tolak hudud, main judi dan minum arak. Tetapi apa hukumnya memilih atau pangkah pemimpin dalam pilihanraya yang tolak hudud( Siapa? Janganlah bersikap seperti sudah gaharu bertanya pula...), luluskan lesen judi dan luluskan lesen arak???????Adahkah orang berkenaan ada saham sama?
Saya pinjam kata-kata Nabil Juara Raja Lawak musim lalu....PIKIRLAH SENDIRI.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Memang pemimpin politik dan rakyat dah cerdik dan pandai menilai suasana politik. Cuma saudara penulis je yang kurang cerdik kerana terlalu taksub pada PAS sehingga tak sanggup terima teguran dan kesalahan diri sendiri. UMNO tak pernah tolak Hudud, tidak seperti yang saudara dok ungkitkan. Sepatutnya PAS tolak DAP yang terang-terang tolak Hudud. Tapi kenapa PAS masih boleh bersekongkol dengan mereka? Siap boleh ubah kenyataan lagi bila DAP buka mulut pasal isu Hudud...
saya nasihatkan saudara belajar dan bertanya pada yang tahu soal agama apa yang dimaksudkan dengan tahaluf siasi. Sila baca tulisan dr Yussuf Qadhawi dan sebagainya.
Post a Comment