01 January 2009

YB WAHID ENDOT DIPILIH CALON PAS DI KUALA TERANGGANU


Semua teka-teki siapa calon Pas berakhir apabila Adun wakaf Mempelam YB Hj. Abdul wahid Endot dipilih sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen P 139 Kuala Terangganu.

Apa yang pasti semua spekulasi dan andaian sebelum ini siapa calon Pas meleset terutama di kalangan BN. Hj. Wahid Endot bukanlah asing dalam arena politik Terangganu apabila berjaya mempertahankan kerusi Dun wakaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut.

Ini menjadi bukti bahawa ketokohan yang ada kepada beliau yang diterima oleh majoriti pengundi Pas di Terangganu khususnya di Dun ditandingi beliau di Wakaf Mempelam walaupun Pas melalui zaman pasang surut dalam arena pilihanraya di Terangganu.

Kali terakhir saya sempat bersembang dengan beliau ialah pada bulan Mei lalu semasa dalam penerbangan Air Asia dari LCCT ke Kuala Terangganu. Ternyata sikap ramah dan mesra serta low profile beliau masih kekal sepanjang saya mengenali beliau sejak awal 1990an.

Semoga beliau dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi khususnya kepada lebih 82 ribu pengundi di Kuala Terangganu.

5 comments:

Sameon said...

Siapa pun calon pilihan PAS, pastinya mereka ada alasan sendiri. Jika YB Wahid Endut merupakan calon yang berwibawa dan disenangi oleh penyokong PAS maka itu merupakan satu cabaran hebat kepada UMNO. Apapun, itu bukan beerti PAS boleh menang mudah. Tanpa usaha dan kempen yang kuat dan bersungguh-sungguh, mereka takkan menang...

Mankanan said...

Biasanya penyokong PAS hipokrit. Contohnya jika calon pilihan mereka tak dipilih mereka takkan berdendam tapi mereka 'terpaksa' menerima walaupun tak suka. Dengan cara itu, orang akan lihat bahawa penyokong PAS tak kisah siapa calon yang terpilih... Padahal, dalam hati siapa yang tahu. Oleh kerana ego, mereka 'terpaksa' mengundi calon PAS yang mereka tak suka itu juga... Senang cerita, tak ikhlas...

angkasanuri said...

Dalam bab ini saya setuju dengan saudara siapa pun yang bertanding sebagai calon pas peluang adalah 50-50. Tetapi pemilihan YB Wahid Endot memberi sedikit kelebihan kepada Pas.Pilihanraya kecil berbeza dengan pilihanraya umum walaupun pas menang 4 dari 5 kerusi dun di dalam parlimen Kuala Terangganu.

angkasanuri said...

Kepada Man Kanan soalan saya mudah je bagaimana kita nak tahu seseorang itu hipokrit atau tidak ikhlas?Hebat betul saudara, ada belajar ilmu apa-apa ke?

Anonymous said...

ape-ape pun kita tunggu dan lihat. terima di dun tak semestinya terima di parlimen. itulah yang terjadi kepada calun terdahulu dari PAS. pertandingan menarik YDP PAS bertemu KETUA UMNO, undi cina penentu majoriti di KT.